Scammer pada hari ini bukan sahaja mengambil wang, kini sudah dikesan mula mengambil tempahan makanan tanpa membuat pembayaran.
Sudah beberapa penjual makanan di dalam talian melaporkan telah menerima pelanggan sebegini rupa.
ARTIKEL MENARIK:Aduh! Sakitnya Kencing Kotor, Cuba Ikuti Tip Minum Jus Kranberi Sebagai Rawatan
Menerusi perkongsian akaun Facebook Mimi Safi Hana, beliau telah menceritakan nasib malang menimpanya apabila pelanggan yang dilabel ‘dari neraka ini’ menempah beberapa makanan namun tidak membuat pembayaran seperti yang dipersetujui.
Sumber Gambar: FB Mimi Safi Hana
Semua ini bermula apabila beliau menerima mesej dari scammer tersebut yang mahu menempah beberapa juadah makanan yang dijual oleh beliau. Difahamkan scammer itu mahu membeli beberapa makanan serta menggunakan servis penghantaran Lalamove untuk dihantar ke rumahnya.
Beliau pun bersetuju untuk menyiapkan pesanan yang diterima dan bakal menerima bayaran sebaik makanan tiba ke tangan pelanggan itu. Namun lain pula jadinya apabila pelanggan tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak membuat pembayaran bagi makanan yang ditempah.
Sumber Gambar: FB Mimi Safi Hana
Malah, mesej juga tidak direspon dan hanya diberikan ‘bluetick’ sahaja oleh pelanggan itu. Bukan sahaja beliau mengalami kerugian dalam jualan, malah terpaksa menanggung caj penghantaran Lalamove untuk menghantar pesanan tersebut.
Difahamkan suspek ini telah melakukan modus operandi yang sama kepada beberapa penjual makanan yang lain. Mereka juga menimpa nasib yang sama dan turut mengalami kerugian kerana tidak menerima bayaran tempahan makanan seperti yang dijanjikan.
Para penjual di luar sana dinasihatkan untuk berhati-hati dengan taktik ini yang mana suspek akan cuba menempah makanan dan meminta penghantaran ke rumah tanpa membuat pembayaran. Anda sebaiknya meminta pembayaran terlebih dahulu sebelum melayani pesanan yang diterima menerusi mesej atau dalam talian.
- SUMBER
Kredit -
Post a Comment