Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Mal4ysia Dihalau Peng4wal Pantai

Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Mal4ysia Dihalau Peng4wal Pantai

Pasukan Polis Singapura (SPF) menafikan dakwaan nelayan Malaysia dihalau oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) ketika memancing di Perairan Wilayah Malaysia.

Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Mal4ysia Dihalau Peng4wal Pantai



Dalam satu kenyataan di Facebook, SPF memaklumkan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

ARTIKEL MENARIK:Polis Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Singapura Hal4u Nelayan Tempat4n Di Perairan Malaysia


“Pihak PCG sedang membuat rondaan di Perairan Wilayah Singapura sekitar jam 4 petang 23 Oktober lalu.

“Mereka kemudiannya mengesan beberapa bot milik nelayan Malaysia yang masuk dan keluar dari kawasan tembakan di perairan Singapura sekitar Lim Chu Kang,” katanya.

Jelas SPF, bot yang tidak diluluskan dilarang sama sekali memasuki kawasan berkenaan demi keselamatan mereka.




Loading...


Berikutan itu, pegawai PCG telah mendekati bot nelayan Malaysia terbabit dan menggunakan sistem siar raya di bot PCG bagi menasihati mereka agar meninggalkan kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, pada kira-kira jam 5.28 petang, beberapa bot nelayan Malaysia mendekati pegawai PCG dan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati apabila diminta untuk meninggalkan kawasan tersebut.

“Pegawai kami menjelaskan bahawa mana-mana kapal yang tidak dibenarkan dilarang memasuki kawasan itu dan meminta mereka beredar atas dasar keselamatan mereka,” jelas kenyataan tersebut.

Selepas itu, kesemua nelayan terbabit dikatakan akur dan kembali ke Perairan Wilayah Malaysia sekitar jam 5.37 petang.

Tambah kenyataan itu lagi, kejadian tersebut turut berlaku sepenuhnya di Perairan Wilayah Singapura.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, Rahmat Ariffin dalam satu kenyataan berkata siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan oleh pihak polis.

Oleh itu, beliau menasihati agar orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

 

Sumber: Singapore Police Force


Kredit -Article Update




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post