Kuala Lumpur – Lama tidak nampak pelakon Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini.
Rupa-rupanya Rusdi mend.edahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.
ARTIKEL MENARIK:Hati tenteram lihat jenazah Nurul Nazihah sempurna duduk di kerusi kereta
Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.
Sekadar info, Rusdi Ramli merupakan pelakon dan pengarah Malaysia yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20 di Universiti Sains Malaysia. Anak lelaki kepada pelakon Norlia Ghani ini dilahirkan di Ulu Kelang dan pernah membintangi banyak drama televisyen dan filem.
Namanya dinamakan sempena filem Doktor Rusdi 1970 oleh P. Ramlee yang merupakan rakan ibu bapanya. Bapanya ialah Ramli Ismail atau dikenali sebagai Ramli Kechik, yang pernah berlakon dalam filem Nasib Do Re Mi, di mana beliau menemani Pak Maon lakonan Allahyarham Mahmud June ke Malam P.esta Muda Mudi manakala dalam filem Laxmana Do Re Mi, Ramli memegang watak sebagai Perdana Menteri Negara Pasir Berdengung.
Keadaan Terkini Rusdi Ramli
Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada backup, itu m.asalahnya. Memang betul-betul ini sahaja pendapatan, katanya.
Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu.
Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai c.abaran tersendiri.
“Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok berlakon pun seronok. Dua-dua ada c.abaran Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa,” katanya lagi.
Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata. Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.
Akan datang ada tapi sekarang ini yang banyak janji mulut yang tangguh pun banyak juga. Masih ada lagi orang panggil saya berlakon kadang-kadang mereka t.akut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.
“Tapi bagusnya mereka akan tanya masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih berlakon. Mungkin sebab persepsi tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia juga meny.angkal d.akwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.
“Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international. Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak e.ksklusif sangatlah,” tambahnya.
Antara Reaksi Orang Ramai
Jadi penggiat seni ni begitulah nasibnya. Bila tgh p.opular mmg tak menang tgn dpt job. Tapi bila nama dah suam kuku mmg s.akit nak dpt job. Kalau ada pun, watak mak2 ayah watak org gaji watak kampung2. Tapi Rusdi ni pelakon yg c.lean. Bakat tak perlu dipertikaikan lagi. Moga adalah rezeki tu nanti.
Semoga Rusdi Ramli diberi rezeki tawaran berlakon dan menjadi pilihan Penerbit atau Pengarah kerana lakonannya yang berkesan, mantap dan hebat dalam menjiwai sesuatu watak.
Berlakon lah balik bang. Kami peminat setia abang rusdi tau.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Kredit -
Post a Comment