Kerajaan terus sokong industri pemotoran – PM

Kerajaan terus sokong industri pemotoran – PM

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus menyokong aktiviti permotoran di negara ini yang merupakan antara aktiviti diminati golongan muda.

Kerajaan terus sokong industri pemotoran – PM



Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan bantuan akan dilaksanakan termasuk pembinaan litar lumba di seluruh negara bagi membolehkan pelbagai aktiviti pemotoran dianjurkan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL MENARIK:Hanya Berlatih Taranum Dalam Keret4, Ini Rahsia Sofizah Mousin Johan M4jlis Tilawah


“Seperti yang telah saya umumkan waktu di Terengganu dan telah dibentangkan waktu Bajet 2023, kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta untuk membina trek litar dan kita akan membina sebuah litar di Bera.

“Kalau ada keperluan lain lagi saya boleh bantu ‘rider’ ini dari semasa ke semasa,”katanya pada Program Moh Wei 2 Wheel di Dataran Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri selain pembinaan trek litar pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu golongan belia seperti bantuan untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.



Loading...


Katanya, kerajaan juga memperkenalkan semula skim mobilprenur iaitu pemberian motosikal bagi membantu golongan belia yang telah dihapuskan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan golongan belia mampu memiliki rumah kerajaan turut melancarkan projek pembinaan rumah mampu milik yang ditawarkan dengan harga serendah RM45,000.

Tambahnya, bagi memastikan golongan muda yang tidak mempuyai kerja tetap dapat memiliki rumah pula kerajaan bertindak proaktif melancarkan skim jaminan kredit perumahan. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post