Tular di media sosial semalam apabila sebuah klip video memaparkan sedutan rancangan Next To Neelofa menampilkan penyanyi terkenal Ziana Zain menceritakan mengenai kisah rumah tangganya sebelum bercerai.
Cerita penyanyi lagu Putus Terpaksa ini lagi, anaknya telah dipukul dengan teruk sehingga berdarah-darah dan muka membengkak seperti belon.
ARTIKEL MENARIK:Sajat lelong banglo RM7 juta, diskaun hujung tahun
Saya berdoa bersungguh sungguh supaya tidak ada wanita di luar sana menghadapi situasi dimana suami sendiri , lelaki paling dipercayai menjatuhkan dan membuat kita rasa kita insan paling hina dalam dunia.
Kak ziana zain memang betul kuat? pic.twitter.com/qujz43OLI9
— Jazz (@JazeeraJulaili) October 30, 2022
Malah, Ziana turut berduka cita dan berkecil hati kerana merasakan Armin sudah mengabaikan dirinya setelah berbelas tahun hidup bersama.
Saya rasa langsung tak dihargai walaupun selepas bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya.
Neelofa yang bertindak sebagai hos program tersebut turut dilihat mengalirkan air mata kerana sebak dengan kisah hidup penyanyi tersohor itu.
Namun begitu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai tampil memberikan respon yang berbeza dengan perkongsian kisah daripada penyanyi itu.
Kata netizen program bual bicara yang dikendalikan Neelofa itu seolah-olah membuka pekung di dada selain mendedahkan aib bekas suami Ziana Zain.
Dah jadi rancangan buka pekung di dada. Benda-benda macam ni simpan jelah dalam kain. Kita nak dengar pun tak sanggup.
Kalau senyap je tak ada sapa tahu. Jangan jadi batu api la, tak baik.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment