Isu Zul Ariffin Mengaku Salah & Didenda, Azhar Sulaiman Dan Harith Iskander Tampil Bersuara!

Isu Zul Ariffin Mengaku Salah & Didenda, Azhar Sulaiman Dan Harith Iskander Tampil Bersuara!

Umum mengetahui pelakon terkenal, Zul Ariffin telah mengaku salah atas pertuduhan memuat naik kandungan yang bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.

Isu Zul Ariffin Mengaku Salah & Didenda, Azhar Sulaiman Dan Harith Iskander Tampil Bersuara!



Ia menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak termasuklah rakan selebriti seperti Harith Iskander dan Azhar Sulaiman yang turut memberikan pandangan mereka di media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Ada yang bandingkan dirinya dengan penyanyi lain, Ini kata Shila Amzah


Titip Harapan Pada Pelakon Lain Agar Lebih Berhati-Hati

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Azhar Sulaiman tampil menitipkan rasa simpati terhadap Zul Ariffin, malah turut berharap agar pelakon lain di luar sana untuk lebih berhati-hati.

“Sebagai rakan artis, Mami terasa sangat simpati dengan Bro Zul..Semoga pelakon-pelakon lain tidak terkena seperti dia dan lebih berhati-hati dalam bersikap ‘sharing is caring’.”-Tulis Azhar

Persoal Tindakan Pihak Terlibat

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak, Harith Iskander turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang memberikan final version kepada pelakon jika tidak mahu teaser tersebut dimuatnaik ke media sosial.



Loading...


“Ok i’m confused. Saya tahu @zul_ariffin muatnaik video. Tapi siapa bertanggungjawab untuk storyboard, skrip, shoot dan edit?.

“Kalau tak nak diuploadkan-kenapa beri final version kepada pelakon.”-soal Harith

Dipetik dari laporan Utusan Malaysia, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku salah memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya Mac lalu.

Sumber : https://murai.my/


Kredit -Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post