“Bila Berjalan Dengan Anak Kita Akan Nampak Sentiasa Remaja Ibarat Kakak Dengan Adik” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

“Bila Berjalan Dengan Anak Kita Akan Nampak Sentiasa Remaja Ibarat Kakak Dengan Adik” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

Bila cakap mengenai keluarga pelawak dan penyampai radio, Johan dan Ozlynn Wati pasti ramai yang kagum dengan cara mereka mendidik dan membesarkan anak-anak.

“Bila Berjalan Dengan Anak Kita Akan Nampak Sentiasa Remaja Ibarat Kakak Dengan Adik” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda



Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Ozlynn memuat naik gambar sedang ber “OOTD” dengan anak terunanya sambil berkongsi kisah asam garam dan nikmat kebahagiaan bersama suami dan anak-anak walaupun ditakdirkan berkahwin diusia muda.

ARTIKEL MENARIK:Isu Zul Ariffin Mengaku Salah & Didenda, Azhar Sulaiman Dan Harith Iskander Tampil Bersuara!


“Bila anak bujang ajak dating.. tak berjanji pun nak pakai style sama or kaler sama.. tau2 je bila jumpa kat bawah.. aikkk? Sama arr.. so lets ootd.. haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang u.. habis tu…”

Walaupun mengakui berkahwin disebabkan kehendak orang tuanya, namun menurut Ozlynn hakikatnya banyak nikmat disebalik perkahwinan di usia muda.

“Tu la untung kahwin muda.. kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kahwin.. kalau tak mau sekarang ni aku hohaaaa tah ke mane.. orang selalu tanya.. best ke kawin muda?? Aku akan jawap, hilang la zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya.. TAPI! Haaa ada tapi dia.. kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya.. insyaAllah segalanya mudah..”

“Maksud aku mudah bukan bererti tak ada ujian..tidak.. pasti akan ada pasang surutnya.. yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni.. dia tahu jalankan tanggungjawap dia.. paling hebat bila KESABARAN nya diuji.. sampai sekarang diuji.. dan perangai aku masih macam dulu.. kadang sama naik dengan anak.. yang nampak berubah, pandai manage time, pandai carik duit, pandai masak.. yang lain2 INSYAALLAH, bakal menyusul”

Menurut Ozlynn lagi, perkara paling menyeronokkan bila umur belum mencecah 40 tahun tapi anak sudah remaja. Jadi bila berjalan dengan anak akan sentiasa nampak muda seperti kakak dan adik.

“Ok bukan tu saja.. yang paling best.. bila kita belum masuk angka 4.. anak pun dah remaja so bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik2.. tapi ada gak yang tak best.. bila ko rasa dah cukup.. sebab anak2 dah besar.. ko pun dh boleh cuti2 n ber”me time” en somi lak order nak baby lagi.. eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! haaa dah kena main kejar2 balik.. tup2 6 orang dah.. lepas ni kalau dia order lagi.. memang aku luku pale laki aku”

“Ni bahagian yang best jek aku story tau.. yang penat lelah tak cukup tidur anak tak sihat semua takyah cite la.. sebab aku bersyukur sesangat apa yg ada sekarang nih.. kehidupan yg biasa2..



Loading...


Akhir perkongsiannya, Ozlynn turut mendoakan kepada semua netizen.

“Apapun aku tetap tak kan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik2, yang mana belum punya cahayamata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri, yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan n berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian.. #familyhanania sentiasa ada doa untuk kalian” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Mungkin masih ramai yang fikir perkahwinan di usia muda satu pilihan yang salah kerana seharusnya banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu atau bahasa mudahnya enjoy lah waktu bujang sepuas-puasnya dulu dan kejarlah kerjaya sebelum berumahtangga.

Namun perkongsian Ozlynn pasti sedikit sebanyak dapat membuka minda kita tentang hikmah disebaliknya.

Jadi apa pula pendapat anda mengenai perkahwinan di usia muda?

Sumber :cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :  www.mediakita.dnq.new


Kredit -Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post