PETALING JAYA – Pernah dilabel sasau dek perangai pelik dalam media sosial, pelakon sensasi Iqram Dinzly, terlihat tenang saat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.
Meluahkan kesyukuran apabila ibadah umrah yang sedang dilakukan berjalan lancar dan semua urusannya dipermudahkan, Iqram atau nama sebanar Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang sudah hampir seminggu berada di Tanah Suci Mekah itu mengakui jiwanya kini lebih tenang dengan hidayah yang diterima.
ARTIKEL MENARIK:LmaDlamkan Dlri, Ini KeadaanTrkini PlakonBrbakat RusdiRmli Buat Rmai Pmlnat D0akan Bliau
“Allah perkenankan juga umrah saya dan syukur saya dapat menyelesaikannya dengan penuh kehambaan diri yang berdosa.
“Alhamdulillah derita itu bahagia dalam susahnya skrip Allah kurniakan juga hidayah berdadah di jiwa, berkhayal di fikiran akalnya dihina kerana tidak mampu untuk menandingi keesaanNya.
“MasyaAllah ternyata Allah Maha Kuasa, manusia tiada kuasa daya upaya untuk merencanakannya.
“Tawakal dan berserah diri bulat-bulat itulah kuncinya,” tulis Iqram dalam Instagram.
Iqram turut berkongsi berberapa pengalaman yang dihadapi sepanjang beberapa hari di Tanah Suci termasuk mengalami sakit perut.
Namun, Iqram menganggap semua itu ujian kecil daripada Allah yang mahu menguji kesabarannya.
“Cuaca panas terik tapi alhamdulillah ibadah saya dipermudahkan. Ada ujian-ujian kecil yang saya anggap Allah hantar untuk hapuskan dosa-dosa kecil saya.
“Saya alami sakit perut beberapa hari ini tapi sekarang sudah semakin baik. Allah nak uji saya mampu bertahan, mengeluh atau putus asa,” ujarnya.
Iqram turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan peminat yang banyak mendoakan dirinya selama ini.
Difahamkan Iqram turut menunaikan badal umrah buat bapanya Allahyarham Muhammad Saifuddin Ahmad.
“Mohon doakan kesejahteraan dan kerahmatan mengiringi perjalanan dan perjuangan saya untuk urusan melaksanakan umrah badal buat arwah ayah saya,” kongsinya.
Sebelum ini, Iqram sering dihimpit kontroversi apabila berkelakuan pelik sehingga menjadi bualan dan menerima kecaman netizen dalam media sosial.
Malah, ada yang mendakwa pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu mengalami masalah mental dan memerlukan rawatan yang sepatutnya. – KOSMO! ONLINE
Kredit -
Post a Comment