Ditemui Kurus & Keliru, Wanita Tunggu Ibu Dua Bulan Di ‘Airport’ Tak Muncul-Muncul

Ditemui Kurus & Keliru, Wanita Tunggu Ibu Dua Bulan Di ‘Airport’ Tak Muncul-Muncul

Pihak berkuasa Thailand kini perlu menguruskan kes seorang wanita yang dilapor telah menunggu ibunya untuk menjemputnya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sejak dua bulan lalu.

Ditemui Kurus & Keliru, Wanita Tunggu Ibu Dua Bulan Di ‘Airport’ Tak Muncul-Muncul



Menurut Thaiger, selain kelihatan kurus dan keliru, wanita tersebut juga tidak dapat memberi banyak maklumat kepada pihak berkuasa lapangan terbang berkaitan tempat tinggalnya atau saudara-maranya.

ARTIKEL MENARIK:(Video) 'Sampai macam tu depa sanjung dia, makan udang pun orang tolong kopek kan?' - Netizen berdebat tentang pendakwah asing mengaku dirinya keturunan Nabi Muhammad


Sebaliknya wanita berusia 28 tahun itu hanya memberitahu bahawa dirinya baru pulang dari luar negara dan mendakwa ibunya menyuruhnya untuk menunggu di lapangan terbang untuk dijemput.

Jadi, wanita itu hanya duduk di pintu 4, aras 1 di Terminal Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan terus menunggu ibunya yang tidak kunjung tiba selama dua bulan lamanya.

Pengawal keselamatan di situ berkata, mereka pernah melihat dia mengemis kepada pelancong-pelancong yang datang untuk mendapatkan wang untuk makan.

Dia juga pernah dilihat mencuri di salah sebuah kedai serbaneka di sana. Walaupun begitu, dia difahamkan tidak ditangkap atau dihukum atas perbuatan mencuri tersebut.

Situasi wanita tersebut yang tinggal di lapangan terbang dan tidak pasti apa yang ingin dilakukan atau ke mana hendak pergi apabila ibunya tidak muncul-muncul untuk menjemputnya itu seakan terlihat sama seperti adegan filem Hollywood, The Terminal (2004).


Loading...


Sehubungan itu pihak berkuasa yang menerima laporan segera bertindak untuk membantunya.

Selaras dengan Akta Gelandangan 2014 (Thailand), wanita yang terkandas itu diberi perlindungan sementara oleh Pusat Gelandangan dan Rumah Kanak-Kanak Samut Prakan selepas mengalami pengalaman pahit di lapangan terbang selama dua bulan.

Sementara itu, Yayasan Paweena untuk Kanak-Kanak dan Wanita turut menyeru ketua rumah kanak-kanak dan pusat gelandangan, serta Pejabat Pembangunan Manusia Samut Prakan untuk memikirkan jalan penyelesaian kepada kes ganjil itu.

Kementerian Penbangunan Sosial dan Keselamatan Manusia juga mengambil bahagian untuk bekerjasama dengan yayasan itu untuk mengenal pasti latar belakang wanita tersebut seperti tempat tinggal, ahli keluarga dan sebagainya.

Sumber: Thaiger


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post