Baru Saja Bercerai, Ini Luahan Suami Sharifah Sakinah Beritahu Mengapa Terpaksa Berpisah

Baru Saja Bercerai, Ini Luahan Suami Sharifah Sakinah Beritahu Mengapa Terpaksa Berpisah

” Apa yang akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tidak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah,”

Baru Saja Bercerai, Ini Luahan Suami Sharifah Sakinah Beritahu Mengapa Terpaksa Berpisah



Itu kata-kata suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen mengenai keputusan berpisah yang dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL MENARIK:Peminat nak lagi, Mira Filzah diminta kongsi banyak2 foto Amir


Michael ketika dihubungi HarianMetro berkata, memandangkan kedua-duanya mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang berat di negara masing-masing, mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk menoktahkan hubungan yang dibina.

” Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.

” Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua.

” Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing.

” Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.

” Sakinah adalah wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia.

” Saya tidak mengharapkan apa-apa selain mendoakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dirinya,”katanya.

Menurut Michael, dia mengaku terdapat sedikit ‘drama’ yang berlaku ketika mereka memilih untuk berpisah secara baik.



Loading...


” Saya boleh sahkan mengenai apa yang Sakinah kongsikan iaitu kami mengambil keputusan untuk bercer4i. Bagaimanapun terdapat sedikit drama mengenai keputusan yang dibuat.

” Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar.

” Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar.

” Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan,”katanya.

Terdahulu, Sakinah mengesahkan bakal bercer4i dengan Michael selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael.

Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.

Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.

Sumber:hmetr0


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post