Sebak tengok anak Abam Bocey susun foto dalam dompet… panggil ayah

Sebak tengok anak Abam Bocey susun foto dalam dompet… panggil ayah

PEMERGIAN Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah dua tahun arwah menghadap Ilahi.

Sebak tengok anak Abam Bocey susun foto dalam dompet… panggil ayah



Paling dirasai kesedihan itu sudah tentu isteri dan anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia tiga tahun.

ARTIKEL MENARIK:Anak BCL Pimpin Bacaan Yasin Di Pusara Ayahnya, Tarik Perhatian!


Terbaharu, balu kepada Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi rakaman video di Instagram menunjukkan gelagat Uthman menyusun gambar bapanya di dalam dompet milik Hidayah.

Hamzah dilihat menyanyi gembira memanggil ‘ayah’ sambil menyusun gambar arwah seolah-olah belum memahami apa yang sedang berlaku.


“Hari ini Hamzah susun gambar ayah dekat wallet ibu, pandai anak ibu ni,” tulis Hidayah di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah mengundang reaksi sebak netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Hamzah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Sebak mak cik dengar Hamzah sebut nama ayah. Ayah Hamzah ramai orang sayang, suka berjenaka dan baik orangnya. Hamzah jaga ibu baik-baik ya. Semoga jadi anak soleh ya.



Loading...


“Semoga menjadi anak soleh. Al-Fatihah buat abam.

“Bijak Hamzah. Semoga menjadi anak soleh ibu ayah.

“Moga Hamzah membesar dengan sihat dan bahagia. Sentiasa dijauhkan daripada perkara yang tidak baik,” tulis netizen.

Untuk info, Abam Bocey melangsungkan perkahwinan dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Abam men1nggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas di usia 32 tahun.

Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post