Anak BCL Pimpin Bacaan Yasin Di Pusara Ayahnya, Tarik Perhatian!

Anak BCL Pimpin Bacaan Yasin Di Pusara Ayahnya, Tarik Perhatian!

Kehilangan orang tersayang pasti ada rindu yang sangat mendalam di dalam hati. Selain doa dititipkan untuk yang telah pergi sebagai tanda ingatan, lumrahnya juga akan turut menziarahi pusara.

Anak BCL Pimpin Bacaan Yasin Di Pusara Ayahnya, Tarik Perhatian!



Baru-baru ini Bunga Citra Lestari (BCL) telah berkongsi beberapa keping gambar dimuat naik di instagramnya, menziarahi pusara arwah suaminya.

ARTIKEL MENARIK:Dituduh berpeluk dengan lelaki di khalayak, kenali siapa sebenarnya pelakon remaja Qistina Raisah


Difahamkan kunjungan BCL bersama anak tungganya Noah Sinclair berserta ibu dan bapa mertuanya dari Malaysia ke pusara bagi mengubat rindu dan kebetulan juga pada hari terbut adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah meninggalkan pada Februari 2019.


Oleh sebab itu, isterinya yang juga merupakan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah memuat naik gambar allahyarham di Instagram dengan kapsyen menyatakan rasa rindunya terhadap Ashraf.



Loading...


Selain itu, dia juga turut menyertakan gambar ketika menziarahi pusara Ashraf bersama ahli keluarganya termasuklah keluarga suaminya dari Malaysia.


Terlihat juga anak tunggalnya,  Noah Sinclair yang setia bersama ibu tersayang sambil memeluk bahu penyanyi itu ketika dia mulai sebak.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu perkongsian daripada ibu Ashraf di Instagram apabila memaklumkan yang cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin ketika di pusara allahyarham sewaktu mereka datang menziarahi.


Dalam posting Khadijah Abdul Rahman, dia memaklumkan yang mereka hadir ke Jakarta bersempena dengan hari lahir anak sulung mereka yang sudah tiada.

Mereka juga turut datang untuk bertemu dengan keluarga di Jakarta iaitu BCL serta cucu lelaki mereka. Tambahnya, dia begitu merindui Ashraf dan berdoa supaya anak lelakinya itu ditempatkan di Jannah.

Sumber : Ig @bclsinclair


Kredit -KELUARGA




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post