Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dilaporkan telah bersetuju untuk menarik balik keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib



Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Zakuan Zakaria berkata, Najib dikurniakan keahlian D.U.P.N yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu pada 2009 yang lalu.

ARTIKEL MENARIK:Pelakon Shah Reza Dedah Bila Sebenarnya SuItan KeIantan Kahwin Dgn SuItanah Diana Petra. Rupanya Dah Lebih 10 Tahun


”Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 September,” memetik laporan Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Najib mempunyai sembilan darjah kebesaran dari Selangor, Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.



Loading...


Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada Najib pada 1992 dan 2004. Penarikan itu berkuat kuasa pada 12 September lalu.

Tambah Mohd. Zakuan lagi, pembatalan dan dan pemansuhan keahlian Najib adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.

Sumber: Utusan Malaysia


Kredit -Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post