Air selusuh boleh memudahkan wanita hamil bersalin? Ikuti penjelasan pakar sakit puan

Air selusuh boleh memudahkan wanita hamil bersalin? Ikuti penjelasan pakar sakit puan

TIDAK semua wanita hamil akan melalui proses bersalin dengan mudah. Mungkin ada di antara mereka yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk melahirkan bayi.

Air selusuh boleh memudahkan wanita hamil bersalin? Ikuti penjelasan pakar sakit puan



Ia sememangnya satu tempoh sukar bagi golongan itu kerana terpaksa melalui masa yang panjang dengan kesakitan kontraksi.

ARTIKEL MENARIK:9 Tempat Simpan Duit Selamat, Perancang Kewangan Saran Simpan Setiap Bulan Di Sini


Pun demikian, ada satu kepercayaan turun-temurun yang diwarisi oleh ibu bapa sehingga kini. Tidak lain tidak bukan adalah mengamalkan minum air selusuh.


Air berkenaan dikatakan boleh memudahkan proses bersalin dan kurang rasa sakit.


Baru-baru ini, kisah penggunaan air selusuh turut mendapat perhatian Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal.

Dalam video yang dikongsi menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dr Sharmina Kamal menjelaskan, penggunaan air berkenaan yang hanya dibacakan doa tidak memberi apa-apa kesan kepada kandungan.


“Namun air selusuh yang telah dicampurkan dengan herba atau akar mungkin membantu wanita yang berdepan dengan kontraksi, tetapi keberkesanannya tidak dapat dibuktikan,” terangnya.



Loading...


Dr Sharmina Kamal menambah, pengambilan air tersebut boleh mendatangkan komplikasi kepada si ibu dan anak. Berikut antara kesan-kesannya:

i) Bayi di dalam kandungan boleh menjadi stres dan berupaya menyebabkan si comel lemas. Apabila perkara itu berlaku, si ibu terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan untuk menyelamatkan anak.


ii) Kesan pengambilan air itu juga boleh menyebabkan bayi tertekan lalu terberak di dalam rahim.

iii) Bagi si ibu yang pernah menjalani proses bersalin secara pembedahan, mereka mungkin berhadapan dengan risiko belahan kulit terbuka semula.


Bagi wanita yang kini sedang menunggu hari untuk bersalin, seboleh-bolehnya elakkan pengambilan sebarang makanan atau minuman yang tidak disarankan oleh pakar.

Itu semua bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Padahnya bukan orang lain yang tanggung, tetapi diri sendiri yang merana. Jangan terikut-ikut sangat dengan kata orang ya.


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post