Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Hampir 3 Tahun, Kentut Depan Muka Polis Ketika Ditahan

Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Hampir 3 Tahun, Kentut Depan Muka Polis Ketika Ditahan

United Kingdom – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 34 bulan selepas dipercayai kentut di hadapan muka seorang anggota polis ketika ditahan kerana mencuri.

Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Hampir 3 Tahun, Kentut Depan Muka Polis Ketika Ditahan



Memetik laporan Times Now News, lelaki itu ditahan kerana mencuri sebotol bir dan cider bernilai £33 (RM172.81) di Tesco serta mencuri produk vape dari sebuah kedai.

ARTIKEL MENARIK:Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa


“Dia membuang angin di depan muka pegawai polis semasa penahanan itu,” kata pendakwa raya ketika perbicaraan di Mahkamah Oxford Crown.

Suspek yang berusia 41 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan merompak, mencuri, memiliki senjata tajam dan melakukan kerosakan ketika perbicaraan tersebut.

Berikutan itu, hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 34 bulan kepadanya.

“Awak mempunyai sejarah yang panjang melibatkan 31 sabitan jenayah lampau untuk 83 kesalahan.

“Semuanya berkaitan dengan ketagihan dadah atau alkohol,” kata hakim.

Bagaimanapun, pihak pembelaan menyatakan bahawa kelakuan lelaki itu dikaitkan dengan ketagihan dadah yang dialaminya.



Loading...


Terdahulu, kejadian yang hampir sama turut berlaku di Vienna yang memperlihatkan seorang lelaki telah didenda kerana dipercayai ‘melanggar kesopanan awam’ dengan ‘kentut secara provokatif” di hadapan polis pada Jun 2020.

Lelaki itu enggan membayar denda dan terus mencabar keputusan itu di mahkamah.

Dia mendakwa bahawa kentut hanyalah satu proses biologi.

Sumber: Times Now News


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post