Hampir seminggu Datuk Seri Najib Razak berada di dalam penjara tetapi masih lagi trending di media sosial, ini gara-gara perkongsian dari anak perempuannya Nooryana Najwa.
Terbaharu, Nooryana menerusi laman Instagram @yananajib mengeluh bagaimana dia tidak sampai hati untuk memesan dari Starbucks kerana dia tahu bapanya pasti merindui minuman karamel macchiato kegemarannya.
ARTIKEL MENARIK:Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Anak Najib menangis bapanya tak dapat minum starbuck dalam penjara. Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa menzahirkan rasa risau kerana bapanya tidak dapat minum kopi kayangan Starbucks semenjak dipenjara.
Melalui perkongsian Nooryana dia memaklumkan minuman kegemaran bapanya iaitu caremal machiatto yang selalu dibeli di restoran kopi kayangan itu.
Menurut Nooryana atau Yana beliau tiba-tiba teringat apa yang sedang dimakan oleh bapanya di dalam penjara ketika memesan kopi kayangan itu ketika keluyar membeli barangan keperluan.
“Our usual things sbb rasa guilty sgt…selalu teringat Bossku kat penjara sana makan apa?
“Couldn’t even make myself order Starbucks today sbb Yana tau Bossku mesti rindu his caremal macchiato.
“Kalau sesiapa yg kenal Bossku, you guys know he is big Foodie.
“And as a daughter, I truely miss buying food and feeding him…
“I pray I can experience this once again,” kongsi beliau di Instagramnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nooryana menceritakan, pada hari ini dia pergi membeli barangan keperluan untuk rumah, namun tidak dapat melakukannya sendiri berikutan rasa bersalah.
“Selalu teringat ‘bossku’ (Najib) di penjara makan apa? Malah saya tidak mampu untuk membuat pesanan Starbucks hari ini disebabkan Yana tahu bossku mesti rindu ‘caramel macchiato’.
“Kalau sesiapa yang kenal bossku, kamu semua tahu yang beliau seorang penggemar makanan,” katanya menerusi perkongsian tersebut.
Sementara itu, Nooryana berharap agar dia dapat menikmati saat-saat indah itu kembali bersama bapanya.
“Saya berdoa satu hari nanti, saya dapat menikmati pengalaman itu kembali,” katanya.
Bagaimanapun perkongsian Nooryana menjadi tular sehingga ada yang membuat ‘troll’ penjara Kajang akan menghidangkan caremal machiatto tidak lama lagi.
Bahkan ada yang mempersoalkan apakah Najib hanya melayan kopi kayangan sahaja sedangkan sesetengah rakyat sedang dalam kesusahan ada yang mengikat perut makan nasi ataupun membeli lauk ikan kembung sahaja.
“Anak Najib risau bapa dia tak dapat minum Starbuck.
“Kopi kayangan jer dia layan.. .nak order pon berbelit lidah nak sebut nama kopi.
“Hurmmmm… ramai rakyat ikat perut nak makan nasi lauk ikan kembung pun susah…kongsi Napsiah Khamis Maharan.
Bagaimanapun, luahan Nooryana itu menjadi bahan troll netizen di media sosial yang mengatakan Starbucks akan dibuka di Penjara Kajang tidak lama lagi.
Ada juga netizen berpendapat, Nooryana dilihat sengaja memuat naik kenyataan seperti itu untuk dikecam netizen. Sedangkan dia sebagai anak sepatutnya berdoa banyak-banyak untuk bapanya, bukannya meroyan tak dapat minum Starbucks.
Gambar troll yang sedang tular di media sosial
“Memang mintak dikecam oleh netizen. Sebagai anak, patut mintak doa banyak-banyak untuk ayah, bukannya meroyan tak dapat minum Starbucks,” kata Hayati Hassan.
“Memang terlalu privilege sampai tak reti nak tapis yang mana patut post online, mana yang tak patut,” kata Sedih Pedih.
Ramai Bayangkan Jualan Caramel Macchiato Bakal Melonjak di Starbucks
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah dan kini dipenj4rakan di Penj4ra Kajang. Susulan kisah Instagramnya yang dikongsi semalam, caramel macchiato menjadi trending nombor satu di Twitter.
Sehinggakan ada yang menyangka Starbucks di kawasan Kajang membekalkan minuman tersebut kepada Najib. Di laman Twitter @theborneoghost menafikan berita tu dengan menyiarkan:
“Starbucks Metro Point Kajang hari ini menafikan membekalkan Penjara Kajang dengan caramel macchiato setiap petang.” Siaran itu telah ditweet semula lebih 2,133 kali dan mendapat lebih 2,908Suka.
Sementara itu, hal ini turut mendapat perhatian Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Abdul Rasheed di twitter @jalilword dengan menyindir,
“Bayangkan jualan Caramel Macchiato melonjak esok.”- tulisnya
Nooryana yang memanggil bapanya ‘Bossku’ dalam IG Stories juga berkata, mereka yang mengenalinya pasti tahu bahawa dia seorang Foodie atau ‘pencinta makanan’.
“Dan sebagai seorang anak perempuan, saya benar-benar rindu untuk membeli makanan dan memberinya makan… Saya berdoa saya dapat mengalami ini sekali lagi,” tulisnya.
Sekadar info, segelas caramel macchiato di Starbucks berharga RM16.96 untuk grande (16 auns) dan RM18.55 untuk venti (24 auns).
Apa menu makanan Najib di penj4ra?
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta berhubung kes seleweng dana
SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta disambut pelbagai reaksi orang ramai.
Ada yang bertepuk-sorak, tidak kurang juga yang menitiskan air mata hiba mengenangkan nasib menimpa Najib daripada seorang Perdana Menteri kini bergelar banduan di Penjara Kajang.
Najib mula menjalani hukuman penjara selama 12 tahun sejak Selasa selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya berhubung kes SRC International.
Timbul juga persoalan bagaimana seorang VIP seperti Najib bakal menjalani rutin hariannya di penjara, bagaimana makan minum beliau nanti?
Semangat perjuangan Daddy masih kuat – Nooryana
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharu di Penjara Kajang berbeza dengan jadual hariannya yang sentiasa padat sebelum ini.
Perkembangan terbaharu itu dikongsikan anak perempuan Ahli Parlimen Pekan itu, Nooryana Najwa di Instagram Story malam tadi.
“Hari ini (semalam) wakil dari barisan peguam dapat bertemu dengan daddy di Penjara Kajang.
“Alhamdulilah, daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangannya masih kuat.
“Keperluan asas daddy juga sudah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baru berbeza dengan jadual harian Bossku yang sentiasa padat,” katanya.
Nooryana berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan bapanya.
“Kami sangat hargai keprihatinan mereka,” katanya.
Wanita itu berkata, mereka sekeluarga tetap hadir memberikan sokongan kepada bapanya bagi menjalani perbicaraan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
“Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran daddy di mahkamah kerana saya dan keluarga dapat meninjau keadaan daddy, walaupun dari jauh,” katanya.
kredit: https://ohviralnews.com/
Kredit -
Post a Comment