Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat. Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada Tulang.

Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat. Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada Tulang.

Teringin nak makan laksa tetapi untuk buat sendiri, terasa renyah kerana ikan perlu direbus kemudian dicari isi ikan dan dikisar halus. Namun empunya resipi Ameera berkongsi cara paling ringkas untuk menyediakan laksa.

Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat. Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada Tulang.



Yang penting kenalah ada penapis ‘sakti’, bukan penapis itu ya. Segala tulang akan ditapis terlebih dahulu dan isi ikan yang padat akan memekatkan lagi kuah laksa. Lagi KAW rasanya. Dan tidak perlu risau kerana tidak akan ada bau hanyir.

ARTIKEL MENARIK:Gabungan Resepi Orang Tetapi Diolah Sendiri. Kek Red Velvet Kurang Manis. Ngap Sekali Pasti Nak Tambah Lagi.


“Laksa oleh ibu❤

Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir , bau wangi semerbak 2 kilometer.

Penyediaan 25 minit siap semua!

Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha?

Jom follow step ibu.

Ambil resipi ni buat niaga
Insyaallah ramai yang suka.

Ibu halalkan

Tengok gambar last pelis.”

Cara :

1. Rebus ikan kembung lemak. Selepas rebus boleh buang air rebusan.


2. Kisar halus semua ikan yang telah direbus. Tidak perlu asingkan isi ikan. Masukkan sedikit air.


3. Tapis ikan yang telah dikisar tadi menggunakan raga. Semua tulang akan terkumpul dalam raga jadi hanya isi yang akan dimasak.


4. Jika isi tadi terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ketepikan.


5. Bahan untuk sambal. Jika sukakan pedas boleh tambah cili padi. Sukatan yang digunakan ini sesuai untuk tahap kepedasan anak-anak.


6. Kisar semua bahan.


7. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.



Loading...




8. Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam sambal tadi. (Asam keping buat sendiri ni).


9. Kemudian terus masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam sambal.


10. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.


11. Kuah sudah masak bila mendidih.



Sumber : Ameera


Kredit -Kartel Dakwah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post