"Siapa lagi yang menyebar fitnah akan diambil tindakan oleh saya dan Dato Dr Nazri Khan (DDNK), terima kasih," demikian kata Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari, selepas menyedari seorang wanita telah menyebarkan fitnah terhadapnya di media sosial.
Terdahulu, dua individu berkenaan memuat naik gambar Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu atau Mat Sabu, bersama dengan seorang wanita yang didakwa menyerupai Ernie, mengundang banyak reaksi orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:Sifu saham ‘honeymoon’ atas kapal, tapi ramai pula ‘geram’ bila tengok aksi isteri dia
"Dapat ni dari Facebook juga. Perempuan yang sama ke? Sampai sekarang saya cuba nak bezakan. Macam sama ja. Kalau betul, memang hobi menyondol eh?" tulis Ita Zeh.
Kesal dengan penyebaran fitnah itu, Ernie tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu jam 3.57 petang di Kuala Lumpur.
"Gambar saya telah viral dan ramai yang telah kongsikan gambar itu. Saya merasa sangat malu, sedih dan tertekan," katanya.
Loading...
Bagaimanapun, setelah mendapat tahu tuan empunya badan telah membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang, individu terbabit segera memadamkan hantaran itu di Facebook.
Dia juga membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum menyahaktifkan akaun Facebook.
Sementara itu, DDNK juga mengesan seorang lagi individu menyebarkan fitnah yang sama terhadap mereka. Namun, setelah mengetahui pasangan itu bakal mengambil tindakan, dia turut memadamkan hantaran itu dan memohon maaf di atas kesilapannya menyebarkan perkara itu tanpa menyemak kesahihan maklumat tersebut.
"Berkenaan post saya share semalam, saya telah membuat silap kerana post perkara tak sahih. Dengan ini saya memohon maaf kepada DDNK dan isterinya kerana telah menyinggungkan perasaan mereka di atas keterlanjuran saya.
"Diharapkan pihak lain juga dapat memaafkan saya dan buatlah ini sebagai pengajaran bersama untuk tidak berkongsi benda yang tidak diketahui kesahihannya dan fikir dulu sebelum share," katanya.
Kredit -
Post a Comment