Selepas hampir dua minggu pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, nampaknya kini pasangan merpati dua sejoli itu sedang berbulan madu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan dia bersama isteri sedang bahagia menghabiskan masa mereka berbulan madu di sebuah kapal layar.
ARTIKEL MENARIK:Sudah Bercer4i 7 Kali. Dr Erin Terpaksa Tampil Dedah Punca Kesemua Pencer4ian Buat Ramai Simpati
yar.
Dalam video itu juga, terdapat sebuah kek yang dicoret ‘happy honeymoon’ dan sejambak bunga ros diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isterinya.
“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Amboi, manjanya isteri DDNK!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima dengan sifat manja yang dimiliki Ernie selepas membina mahligai bersama lelaki yang dicintainya itu.
Semoga berbahagia!
Malah, ada juga netizen yang mendoakan agar mereka berdua selalu bahagia bersama dan hubungan yang terjalin itu kekal selama-lamanya.
Terdahulu, kisah percintaan antara pakar saham bersama isterinya yang berusia 25 tahun itu menjadi bualan netizen apabila Ernie dikatakan perempuan perampas yang telah menghancurkan rumah tangga Nazri
bersama dengan isterinya sebelum ini.
Nazri, dia mengakui tidak mudah untuk menambat hati wanita yang dicintainya itu dan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya telah berjalan dengan lancar.
“Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (kelmarin) genap setahun kami berkenalan,” katanya.
Menceritakan kembali momen perkenalannya bersama Ernie, dia memaklumkan mula berkenalan dengan Ernie ketika memberi ceramah di sebuah universiti dan serius menjalinkan hubungan sejak Februari lalu selepas berjumpa dengan keluarga isterinya.
“Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’ di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tapi apabila dah lama kenal, saya jumpa keluarganya.
Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius. Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum ambil keputusan berkahwin,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, dia mendedahkan Ernie adalah seorang wanita yang mudah dibentuk dan jatuh cinta apabila melihat kepada keperibadian yang dimilikinya.
Tambahnya lagi, perbezaan umur 22 tahun bukanlah satu penghalang buat mereka untuk menjalin keserasian bersama dan mengakui pemikiran isterinya itu tidak sama seperti golongan muda yang lain.
“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan,” ujarnya.
Difahamkan juga, ini merupakan perkahwinannya yang kedua selepas setahun bercerai daripada mahligai yang dibina sebelum ini bersama bekas isteri pertama.
Sumber: TikTok @datodrnazrikhan
Kredit -
Post a Comment