Yana baca ‘warkah’ Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Yana baca ‘warkah’ Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

KUALA LUMPUR – Suasana hiba menyelubungi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) apabila anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib membawa sepucuk surat daripada Penjara Kajang.

Yana baca ‘warkah’ Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Menurut Noorayana, surat tersebut ditulis sendiri bapanya yang ketika ini sedang menghuni Penjara Kajang.

ARTIKEL MENARIK:Polis siasat kebocoran dokuman penghakiman kes Rosmah


Dalam surat itu, Noorayana memberitahu bahawa warkah itu khusus kepada pemimpin dan ahli UMNO yang datang pada Taklimas Khas Presiden UMNO petang ini.

Katanya, dalam warkah terbabit turut menceritakan keadaan bapanya di Penjara Kajang dan luahan Najib selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Apabila BN kalah pada PRU-14, saya beriltizam untuk terus berjuang meskipun ada pihak yang mengatakan bahawa BN seperti sebuah kapal yang karam.


Loading...


“Lantas itu, saya bekerja bersungguh-sungguh untuk menjenamakan semula UMNO sebagai sebuah parti yang kuat walaupun ketika itu terdapat pelbagai halangan,” tulis Najib dalam surat tersebut.

Terdahulu, Nooryana turut membawa sehelai tali leher yang dipercayai selalu dipakai bapanya sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post