VIDEO yang dikongsi pelakon Shakilla Khoriri memperlihatkan aksi anak kecilnya ingin mengerjakan solat mengundang hiba banyak pihak.
Dalam perbualan bersama anaknya itu Shakilla, 33, bertanya apa yang dinginkan ketika berada di syurga nanti dan secara spontan Ameena Sofia, 3, mahukan ibu dan bapanya berada di sana.
ARTIKEL MENARIK:Nabila Razali Muat Naik Gambar Dengan Vespa 946 Dior, Terkejut Rupanya Ini Harga Vespa Tu
Jawapan tersebut membuatkan Shakilla terdiam dan hilang kata-kata untuk memberi maklum balas.
Shakilla dan Fizi kekalkan hubungan baik demi anak.
“Ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat.
“Semoga yang baik-baik untuk anak ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ameena merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Shakilla dan bekas suaminya iaitu penyanyi radio Fizi Ali.
Menerusi ruangan komen pula, ada dalam kalangan netizen yang berharap mereka kembali bersama selepas mengumumkan perceraian pada Disember tahun lalu.
“Berbaiklah demi anak. Kadang-kadang Allah jadikan pasangan itu ujian agar kita dapat syurga.
“Ameena jadi anak solehah ya. Insya-Allah bertemu umi dan daddy di syurga.
“Sebab bila dengar permintaan seorang anak nak sangat umi dan daddy hidup bersama semula. Berbaiklah demi anak,” komen netizen.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan pasangan ini tidak pernah mendedahkan punca perceraian mereka sebelum ini.
Sumber : mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment