“Jangan salah orang.” Itu pesan Ira Kazar yang menegaskan dia hanya memiliki satu akaun TikTok iaitu @irakazar. Dia yang juga anak pelakon Kazar Saisi bagaimanapun mengakui kurang aktif berkongsi perkembangan menerusi platform itu.
ARTIKEL MENARIK:Individu Mohon Maaf Secara Terbuka Selepas Lakukan Fitnah, Puteri Sarah Kongsi Pengajaran Buat Orang Luar!
“Ya memang tak aktif pun sebab saya pemalas. Jadi, saya malas kemas kini,”ujarnya.
Rasanya, asal ada nama Ira Kazar pun dah cukup untuk warganet serbu dan hentam berjemaah, kan? Sumber, CARI via https://bartasangbad.site/
Tular Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Bertunang, Kini Ira Kazar Pulak Tampil Seolah Olah Beri Bayangan
Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial khabar angin mengenai pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof yang didkwa sudah bertunang dengan Ira Kazar telah menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang kesahihan berita tersebut. Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu telah memuat naik beberapa hantaran video di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Ira Kazar dilihat memberi ulasan peribadi tentang filem yang ditontonnya namun secara tiba-tibe seperti memberi hint tentang khabar angin itu.
“I enjoy the movie.. oh by the way, I masih single okay!”
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah memaklumkan bahawa dirinya masih single sambil berbisik. Pengakuannya itu sekaligus dapat menjelaskan tentang segala spekulasi yang berlaku. Terdahulu, Syamsul Yusof turut tampil menjawab perkhabaran terbabit dengan berkata dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya dan memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan menyinggungkan perasaan mana-mana pihak. Sumber, BeautifulNara
Kecoh Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Bertunang, Tapi Ini Pulak Reaksi Syamsul Yusof
Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didkwa warganet di media sosial. “Hahaha. Ngaruikk (mengarut).” Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.
Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendkwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya. Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.
“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya. Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.
Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu. Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3. Sumber, Hmetro Online
Ira Kazar Dan Syamsul Dikatakan Akan Berkahwin Tak Lama Lagi, Sekali Ini Respon Mengejut Datuk Yusuf Hasslam
Desas-desus mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian. Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata? Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan. “Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut. “Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu. Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar. Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan. Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya. Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi. Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga. “Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.
Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi. Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu. Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu. Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan. Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. Sumber, Mstar
Kredit -
Post a Comment