Baru-baru ini pelakon, Puteri Sarah telah memfailkan notis saman terhadap seorang individu yang dikatakan telah melakukan fitnah mengenainya dan berkaitan kemelut rumah tangga seperti yang tular di media sosial.
Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka
ARTIKEL MENARIK:“Tu Tanggungjawab..Pandai Buat, Pandailah Tanggung” Netlzen Melu4t Tgk Elisya Sandha Puji suami, Ini jawab Elisya
Terbaru, menerusi Insta Stories, Puteri Sarah mengatakan bahawa individu itu telah melakukan permohonan maaf secara terbuka, malah individu itu juga turut memaklumkan bahawa dia telah menerima surat tuntutan (LOD) yang memintanya untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah ataupun keluarga.
“Di sini, saya dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting-posting IG saya pada 17.7.2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumahtangga beliau.
“Saya telah dapat surat LOD yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah ataupun keluarga.”-Tulis individu itu.
Titip Pengajaran Buat Orang Luar
Dalam pada itu pelakon jelita ini turut berkongsi pengajaran buat orang luar agar tidak buat membuat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang dilihat dan didengari tanpa bukti yang kukuh.
“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.”-Tulis Puteri Sarah
Di akhir hantaran nya di Instagram, Puteri Sarah turut berpendapat adalah lebih baik jika orang luar menyimpan pendapat mereka sendiri atau bercerita dengan orang sekeliling sahaja.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga. Dia sebelum ini mendedahkan Ira Kazar berterusan menganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment