Ramai tertanya kenapa Ameera Khan padam foto dan hilang dari Instagram, sekali ini penjelasan Neelofa

Ramai tertanya kenapa Ameera Khan padam foto dan hilang dari Instagram, sekali ini penjelasan Neelofa

“I want to take a break kak for a while.” Itu perkongsian yang diberikan pempengaruh, Ameera Khan kepada kakaknya, Noor Neelofa selepas memilih untuk memadam semua foto di Instagram, baru-baru ini. Neelofa menjelaskan, Ameera yang disapa Little Miss Khan itu sedang berehat untuk memberi ruang masa kepada diri sendiri.

Ramai tertanya kenapa Ameera Khan padam foto dan hilang dari Instagram, sekali ini penjelasan Neelofa



“Benda ini kan sudah few times jadi. Cuma biasalah… kalau ditanya dari sudut saya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi dia dalam proses itu berbeza berbanding zaman saya. Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbading kita. Ketika umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk ke belakang sejenak, tengok dan nilaikan balik atau apa yang perlu diperbaiki, macam tu. Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’ tidak. Ia hanya personal journey. Dia pun ada bertanya saya begitu begini,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:“Keluar Bersama, Jarang Sekali,” – Rupanya Wany Hasrita & Adib Jalani Percintaan Jarak Jauh


Neelofa bagaimanapun berpendapat ia berlaku kerana adiknya itu sedang melalui proses mengenali diri. “Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya. Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar,” katanya. Usahawan ini juga menambah, Ameera banyak bertanya hal berkaitan hal rohani.

“Ia lebih kepada macam persoalan agama. Dia banyak bertanya pasal aurat, hukum hakam. Jadi apa yang saya tahu, saya kongsi. Kalau sebaliknya, saya rujuk kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya lagi. Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mempunyai 1.4 juta pengikut masih lagi belum dimuat naik sebarang foto. Sumber, Media Hiburan

Makin Lama Makin Pelik, Warganet Tampil Minta Neelofa Buka Niqab Lepas Dikatakan Suka Tarik Perhatian Ramai

Ketepikan dahulu segala isu inai segala bagai, marilah kembali dalam episod Neelofa pakai apa hari ini? Di Twitter, ada yang mempersoalkan gaya dan penampilan Neelofa. Katanya, semakin hari semakin pelik! “Makin lama makin pelik hajah niqabis ni. Bukan itu sahaja, pengguna itu juga menyarankan agar Nelofa buka sahaja niqab itu. “Orang kritik sat ja. Tengok emma tu ha, ok ja,”tulisnya. Menjengah di ruangan komen, ramai pula yang bersetuju.


Komen warganet:






Loading...


Ada juga yang sakit mata tengok kasut tumit tinggi yang dipakai oleh isteri Haris Ismail ini. Bukan itu sahaja ada yang mengungkit kembali tujuan Neelofa pakai purdah. Dah namanya Neelofa, pastinya diperhatikan dari atas bawah kiri kanan. Tahan sahajalah kena kritik tak gitu? Sumber, Rose Merah

Teruk Kena Kritik Isu Inai Nunha Sampai Ada Yang Cakap Tak Mesra Wuduk, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Penjelasan Dari Neelofa

Baru baru ini hangat diperkata kan di media sosial mengenai isu kualiti inai jenama Nunha milik selebriti popular, Neelofa. Rata rata nya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain. Malah, ada segelintir pihak men.dakwa kononnya produk inai selebriti itu tidak mesra wuduk kerana tidak menyerap air. Tampil bersuara mengenai isu tersebut di InstaStory, Neelofa menegaskan inainya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan sebalik.nya menggunakan bahan semula jadi. “Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan. “Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semula.jadi,” katanya.

Isteri kepada PU Riz itu juga berkata dia tidak memandang ringan mengenai isu penyerapan inai kerana enggan menanggung do.sa mereka yang menggunakan inai keluarannya itu. “Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat. Namun mungkin kerana inai ini Nee.lofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu. “Nak buat yang tidak sah solat? Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana. Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” katanya. Dalam pada itu, Neelofa memaklumkan akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat serta menjemput pakar di dalam bidang tersebut untuk memberi penjelasan lanjut. “Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat. Harap selepas majlis nanti akan dapat selesai.kan isu ini,” katanya. SUMBER, KOSMO


Kredit -Era Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post