Pada 2 November tahun lalu dilaporkan seorang ibu, Azmawati Ab. Kadir,54, dari Taman Air Biru di Johor kebingungan dengan nasib menmpa anak lelakinya yang dila.porkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
ARTIKEL MENARIK:Penunggang motosikal m4ut dis3ret kereta selepas keluar secara tiba-tiba dari bahu jalan
Azmawati berkata, anaknya Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain,24, sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan. Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar g.agal dihubungi menyebabkan Azmawati membuat dua laporan polis.
Ditemui Pekerja Ladang
Seorang lelaki yang hilang sejak Oktober tahun lalu ditemukan selepas seorang penunggang motosikal ternampak objek seperti bumbung kenderaan di dalam sungai ketika membuang sebatang besi ke tepi sungai. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, lelaki berusia 60 tahun yang merupakan pekerja ladang itu pada mulanya memberhentikan motosikal bagi mengalihkan sebatang besi yang berada di jalan raya. Ketika membuang batang besi berkenaan pengadu ternampak satu objek seperti bumbung kenderaan yang berada didalam sungai dan pengadu telah menghubungi Balai Polis Nenasi.
“Susulan itu usaha menaikkan kenderaan berkenaan dilakukan menggunakan jengkaut dan lori penunda sebelum dapat dikeluarkan daripada sungai pada pukul 4.40 petang,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan satu individu yang diselaputi lumpur sungai, selain turut dijumpai pas pekerja oil&gas safetypasport atas nama Iman Aqmar dan kad CIDB di atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Katanya, individu itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA Kuantan untuk bdh siasat dan kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah IPD Pekan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. Beliau memberitahu pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu mendapati ia merupakan kenderaan pelbagai guna MPV jenis Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 yang didaftarkan atas nama Asmawati Kadir.
Katanya, penama telah membuat dua laporan polis pada 30 Oktober 2021 dan 2 Jun 2022 berkaitan kehilangan anak lelakinya yang gagal dihubungi selepas keluar dari rumah pada 29 Oktober tahun lalu. “Pemilik kenderaan telah dihubungi dan diminta untuk hadir ke IPD Pekan bagi tujuan pengecaman ke atas kenderaan, pakaian serta dokumen yang dijumpai bersama.
Memang Anak Saya
Menurut ibu mgsaaa, Azmawati Ab. Kadir, 54, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa. Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan anak saya masih di dalam kenderaan itu. “Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Azmawati berkata, dia reda dan terima ketentuan Ilahi malah lega dapat menemui jasad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan menanti khabar berita. Sumber, Kosmo/BH
Kredit -
Post a Comment