Suami maklumkan Jasmin kini berada di CCU. Pelakon Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah pusat perubatan akibat sr.4ngan jantung.
Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahim yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu. “Sekarang dia berada CCU kerana srngan jantung semalam (Selasa),” tulisnya.
ARTIKEL MENARIK:Baby Shima Bergelek Di Rumah Terbuka, Ini Permintaan Ustaz Ahmad Buat Shima
Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan keluarga.
Keluarga dia ada sejarah sakit jantung
Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung. “Keluarga dia ada sejarah sakit jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung. Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa,” ujarnya. Media cuba menghubungi wakil keluarga Jasmin namun tiada sebarang jawapan. Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca,Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -mstar via
Post a Comment