Saksi Cerita Semula Detik Tingkap Feri Pecah. Lokasi Kejadian Di Beritahu

Saksi Cerita Semula Detik Tingkap Feri Pecah. Lokasi Kejadian Di Beritahu

Seorang penumpang cedera pada tangan kanan dan kepala selepas terkena cermin tingkap feri yang pecah ketika pengangkutan itu ditunda di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, petang ini.

Saksi Cerita Semula Detik Tingkap Feri Pecah. Lokasi Kejadian Di Beritahu



Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, mangsa, Ahmad Fadzir Izam, 30, yang cedera diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL MENARIK:Takkan pelajar tu t3rjun sendiri” Pelajar perempuan patah pinggang jatuh jejantas, Netizen buat komen spekulasi ape terjadi


Menurut Ahmad Fadzir dari Shah Alam, Selangor, feri dinaikinya yang menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis rosak dan terpaksa ditunda semula ke terminal di Kuah di sini.

“Sebelum kejadian, saya merakam video feri yang dinaiki ditunda dan secara tiba-tiba pelampung pada feri yang melakukan kerja-kerja menunda itu terkena cermin sehingga pecah.

“Saya bernasib baik ketika cermin itu pecah, saya berpaling ke arah rakan saya yang berada berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini pada petang ini.

Difahamkan lebih 300 penumpang berada di dalam feri tersebut ketika kejadian.

Menurutnya lagi, ketika kejadian dia berada di tempat duduk penumpang di tepi tingkap.

“Rakan dan beberapa penumpang lain membantu memberi rawatan awal ketika berada di dalam feri.

“Sepatutnya pihak pengurusan feri mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika pengangkutan itu ditunda untuk keselamatan penumpang,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penumpang, Muhammad Ammar Syahmi, 22, dari Jitra berkata, dia menaiki feri tersebut pada pukul 1.30 petang dan dijangka tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih 30 minit perjalanan, feri tersebut terpaksa berpatah balik ke Terminal Feri Penumpang Kuah selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin.

“Saya terkejut apabila terdengar cermin pecah tidak jauh dari kerusi tempat saya duduk ketika feri tersebut ditunda apabila menghampiri jeti.

“Suasana menjadi kelam kabut apabila terdapat penumpang cedera terkena serpihan kaca cermin tingkap yang pecah itu,” katanya.


Loading...


Tambahnya, pihak pengurusan feri itu memaklumkan penumpang terlibat akan bertolak semula Kuala Perlis dengan menaiki feri lain pada pukul 8 malam ini.

Cemas tengok tangan penumpang dah penuh d4rah, saksi cerita semula detik tingkap feri pecah… Mujur tergerak hati nak tukar ‘seat’

DETIK cemas yang dialami oleh penumpang feri dari jeti Langkawi, Kedah ke Kuala Perlis dikongsi oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian itu wanita bernama Siti Noor Aishah Saleh, 37, dia menyaksikan sendiri seorang penumpang cedera akibat terkena serpihan cermin tingkap feri ketika pengangkutan itu ditunda ke sebuah jeti akibat kerosakan.

Kata Siti Noor Aishah atau Eisya, dia bersyukur kerana sempat bertukar tempat duduk dengan penumpang yang lain sebelum feri itu memulakan perjalanan.

Ceritanya, feri dinaiki mereka rosak di tengah laut dan semasa feri penunda datang untuk memberi bantuan, kejadian tidak dijangka berlaku apabila cermin feri tersebut pecah dipercayai terkena objek yang tidak dapat dikenal pasti.

“Saya perasan ada kru kapal sebelah sana pegang tali, tak tahu sama ada tali itu baling terkena cermin atau bucu feri itu.

“Tiba-tiba ada lelaki bangun, berdarah habis satu badan. Maksudnya dia terkena serpihan kaca.

“Lelaki itu pun mungkin blur. Saya cakap jangan ramai-ramai berdiri, minta kosongkan bahagian tengah,” katanya kepada mStar.

kredit: mstar 

viaTrending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post