Pengarah filem dan pelakon berbakat tanah air, Syamsul Yusof memuatnaik satu perkongsian yang menarik perhatian lensa Murai MY dan warganet di media sosialnya.
Redha Dan Percaya Pada Maha Pemberi Rezeki
ARTIKEL MENARIK:Syamsul berjaya cari wartawan mStar. Orang yg dia bersemuka bukan calang2 jugak
Umum sedia maklum isu masalah rumahtangga pengarah popular ini bersama isterinya, Puteri Sarah pada ketika ini. Susulan itu, muncul suara-suara yang kurang senang dengan Syamsul sehingga mahu memboikot pengarah ini dan filem yang dihasilkannya.
Walaupun ada memboikot dirinya, Syamsul menjelaskan bahawa dia redha dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT serta percaya dengan rezeki yang berikan oleh tuhan.
“Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot aku ‘Lets cancel Syamsul Yusof’ dan sentiasa iri dengan kejayaan dari Allah. Namun merek lupa… Mereka bukanlah tuhan..
Aku hanya bergantung pada Mu yang SATU ya Rabbi. Tiada yang lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku Redha.” Tulisnya
Tempahan Tiket Tinggi Mengalahkan Filem Luar Negara.
Syamsul juga mendedahkan bahawa tempahan tiket secara dalam talian disemua panggung wayang, menunjukan jumlah yang tinggi sehingga mengalahkan tempahan filem dari negara luar.
“Dengan lafaz bismillah, Mat Kilau ditayangkan hari ini seluruh Malaysia, Singapura, Brunai. Tiket boleh dibeli secara dalam talian TGV/GSC/MBO. Beli awal sebelum habis.
Setakat ini, panggung maklumkan Mat Kilau menjadi filem tempahan tiket tertinggi (sebelum tayangan) mengalahkan filem hollywood dan filem negara asing. Abang dah cakap.. Pengkarya Malaysia mampu!” Tulisnya lagi
Dalam pada itu, Syamsul juga menasihati orang ramai yang ingin menonton filem Mat Kilau membuat tempahan awal bagi mengelakkan tiket habis dijual.
“Punya ramai orang tempah.. Kuasa Allah.. Tiket tempah awal guys, nanti susah kat kaunter penuh.” Sarannya
Sekadar info, filem Mat Kilau diterajui lima barisan pelakon hebat tanah air seperti Dato Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’Ari. Filem arahan Syamsul Yusof ini, mula ditayangkan pada hari ini di Malaysia, Singapura dan juga Brunai secara serentak.
Ada Yang Kurang Senang Dengan Filem Mat Kilau?
Selepas tayangan perdana filem Mat Kilau diadakan di The Starling Mall, malam tadi, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tampil memberikan penjelasan kepada pihak yang mungkin tidak menyukai dengan filemnya.
90 Peratus Jalan Cerita & Dialog Diolah Kembali
Menurut Syamsul, sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog filem Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali olehnya dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.
“Dari skrip asalnya, 90% jalan cerita & dialog filem Mat Kliau telah diolah kembali oleh saya dan Rizal Ashraf. Rombakan besar skrip dibuat untuk benar-benar mengikut kehendak saya sebagai pengarah & penulis.
Kepada yang ‘merasai’ & ‘nampak’ metafor perjuangan Melayu yang cuba disampaikan, anda adalah target audience saya.”-Jelas Syamsul
“Kepada Yang ‘Tidak Suka’ Dengan Filem Ini Nanti…”
Tambahnya lagi, Syamsul turut meminta orang ramai yang mungkin tidak suka dengan filem itu untuk tidak menyalahkan penulis asal, kerana perubahan yang dilakukan demi menghasikan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.
“Kepada yang mungkin ‘tidak suka’ dengan filem ini nanti jangan pula disalahkan pada penulis asal. Kerana keseluruhan skrip/ sinopsis/ plot/ dialog telah diubah 90% daripada naskah asal demi menghasilkan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.”-Kata Syamsul
Sengaja Persembahkan Beberapa Dialog & Babak Yang Bakal Cetus Rasa Kurang Senang
Pengarah filem Mat Kilau juga menyatakan bahawa dia mengetahui bakal terdapat segelintir yang rasa kurang senang dengan beberapa dialog dan babak yang terdapat dalam filem itu kerana ia adalah hakikat sebenar.
“Saya tahu akan ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog & babak dalam filem ini nanti. Memang sengaja saya persembahkan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar & semangat ‘Perpaduan Melayu’ yang kian pudar hari ini.”-Jelas Syamsul
Syamsul turut menitipkan harapan agar filem Mat Kilau dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini telah menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.
Sumber : Murai.com via Bulletin 50 Times.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment