Pakai Kereta Mewah, Dituduh ‘Makan’ Duit Adik. Ini Reaksi ‘win’ Kakak Asif

Pakai Kereta Mewah, Dituduh ‘Makan’ Duit Adik. Ini Reaksi ‘win’ Kakak Asif

KAKAK bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit remaja istimewa itu.

Pakai Kereta Mewah, Dituduh ‘Makan’ Duit Adik. Ini Reaksi ‘win’ Kakak Asif



Atina yang juga seorang usahawan tudung itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat netizen yang mendakwa dia menggunakan duit adiknya untuk memberi kereta mewah dan menumpang populariti pelakon Drama Spontan itu.

ARTIKEL MENARIK:Datin Reena Hadiahkan Iqbal Zulkefli Jam Rolex. Hargnya Buat Netizan Tak Percaya Sampai Minta Tunjuk Resit


Menurutnya lagi, individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya.

“Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu.

Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan

“Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku,” ujarnya.

Menerusi tinjauan mStar Atina menggunakan kereta jenis BMW berwarna putih.

Dalam pada itu, Atina berkata dia menyekat individu yang meninggalkan komen-komen sedemikian.

Tambahnya lagi, kata-kata negatif seperti itu kadang-kala menggores hatinya, namun menyedari terpaksa berdepan dengan perkara berkenaan.

“Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan,” tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta wanita itu agar mengabaikan kata-kata netizen.

‘Apa masalahnya asif tu adik dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tuduhan terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang baru sahaja mengetahui bahawa Asif mempunyai seorang kakak.



Loading...


Jika anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi di pendengaran.

Beliau merupakan bintang Youtube yang kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja video yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

Ditambah dengan kreativiti Syahmi dalam mengangkat isu semasa menerusi karyanya, umpamanya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet.

Syabas diucapkan kepada Asif termasuk juga Syahmi! Semoga terus sukses di masa hadapan.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi.

2. Berasal dari Kelantan.

3. Berumur 17 tahun (2019).

4. Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

5. Penghidap masalah mild autisme.

6. Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

7. Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.

8. Syahmi mula mendapat ilham menghasilkan video pendek selepas melihat reaksi bersahaja Asif apabila disakat.

9. Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.

10. Asif yang mempunyai masalah menghafal, hanya mengungkapkan dialognya dalam lakonan secara spontan, tanpa bantuan skrip. Syahmi sebagai pengarah bertindak memberi arahan secara lisan dan menyerahkan kepada kreativiti Asif untuk beraksi di hadapan kamera.

11. Daripada kesemua pelakon wanita yang pernah digandingkan dengannya, Asif mengatakan dia lebih selesa bersama Wanie Rohaimie meskipun sedia maklum yang wanita itu sudahpun mendirikan rumah tangga. Jika ditanya tentang teman wanita, nama Wanie pasti terpacul di bibirnya!

Fakta Menarik

Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.

Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.

Kebiasaannya tidur di siang hari.

Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.

Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

Sumber : atina_suhaimi, mstar 

viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post