Tular kisah sedih melalui T!kTok yang berlaku baru-baru ini di mana seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Insyirah terjumpa dengan seorang lelaki berusia 70-an yang berkeliaran di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur .
Seorang warga emas berusia lebih 70 tahun menaiki bas ke arah selatan hingga ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya, Akibatnya, dia hanya berbaki RM2 dalam poketnya dan tidak dapat pulang semula ke kampung halamannya di Kedah.
ARTIKEL MENARIK:Ada Tak Puas Hati Guru Gunting Rambut Pelajar, Cikgu Fadli Tampil Beri Penjelasn
Nur Insyirah berkata hatinya tergerak untuk mendekati warga emas yang kelihatan terabai itu di kawasan medan selera TBS pada 30 Mei lalu, lapor mStar.
Siswa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kuala Lumpur ini berkata pada ketika itu dia sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung halamannya di Perak.
“Saya dengan kawan tengah tunggu bas nak balik ke Perak dari UPNM. Saya tengah makan dekat food court di tingkat atas TBS tu kira-kira pukul 8 malam,” terangnya.
“Selepas selesai makan, saya perasan ada seorang pak cik ni duduk betul-betul di sebelah saya. Saya perhati dia makan sebab nampak berselera dan lapar betul cara dia makan.”
“Saya nampak dia ada letak sebatang tongkat dekat atas meja dia tengah makan tu. Tiba-tiba saya nampak raut wajah dia bertukar sedih. Tapi masa tu dia tak pandang sesiapa pun. Cuma fokus dekat makanan dia sambil minum teh tarik,” jelas Nur Insyirah.
Lantas gadis ini memberanikan diri untuk berbual bahkan luluh hatinya apabila mengetahui lelaki berkopiah putih itu rupa-rupanya hidup sebagai gelandangan.
Nur Insyirah bertanya bermacam-macam soalan kepada pak cik ini sebab nampak dia berseorangan di terminal bas itu. Rupa-rupanya pak cik ini memberitahu dia datang dari Kedah kerana mahu mencari pekerjaan. Tapi disebabkan faktor umur yang sudah lanjut dan keadaan kesihatannya, jadi tiada sesiapa pun hendak mengambilnya bekerja.
“Dia malu nak cakap sebenarnya takut orang tak percaya tapi saya paksa dia suruh beritahu juga. Sebenarnya dia tidur dekat kawasan TBS tu saja,” kata Nur Insyirah.
“Kalau ada orang bagi duit baru dia makan. Paling sedih ketika itu dia hanya ada RM2 saja,” jelasnya lagi.
Lebih menyedihkan apabila pak cik ini memberitahu yang semua ahli keluarganya sudah meninggal dunia. Sekarang memang tinggal sebatang kara, jadi kalau balik ke kampung sama sahaja macam dia duduk seorang diri di Kuala Lumpur.
“Saya hanya mampu bantu setakat itu saja. Lagipun susah nak berhubung dengan dia sebab telefon bimbitnya sudah rosak. Tapi saya ada tinggalkan nombor telefon kepada pak cik ni untuk hubungi saya. Kalau pak cik ni perlukan apa-apa bolehlah dia hubungi saya,” kata gadis yang baik hati ini.
Hantaran video TikT0k gadis dengan panggilan Syirah itu telah mendapat perhatian ramai yang ingin membantu pak cik ini.
“Tak sangka ramai juga yang pernah terjumpa pak cik itu sebelum ini. Dalam ruangan komen, mereka beritahu yang pak cik ini selalu merantau. Mereka pernah terjumpa dia dekat Rawang dan Perlis juga sebelum ini,” katanya.
Perkongsian Syirah juga mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang akhirnya membantu pak cik tersebut. Beliau turut berkongsi di Instagram:
“Tengah live Tik Tok berkongsi nasihat ramai anak muda komen minta tolong pak cik TBS. Tik Tok Syira dan Maisarah. Merantau dari Sik, Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal berapa ringgit sahaja. Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus gegas cari pak cik ni sampai 4 pagi tak jumpa.”
“Seharian mencari pak cik ni tak tidur. Malam tadi 10 malam rezeki akhirnya terjumpa. Pak cik ni ada rumah di Kedah. Isteri dah meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang KL nak cari duit untuk makan minum. Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pak cik nak tak kami beri duit bulanan.”
“Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan. Pak cik duduk kampung rehat. Katanya memang ingin nak duduk kampung. Saya beri sedikit duit. Pak cik ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong.”
“Sedih dengar ceritanya. Saya yang dah tiada ayah ni. Rindu teramat pada ayah saya. Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pak cik ni makan minum laju dan habis dua bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya. Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat.”
Keesokan harinya, Ustaz Ebit Lew menguruskan semua keperluan pak cik ini sebelum membawanya pulang semula ke rumahnya di Sik, Kedah.
Rata-rata warganet berasa kagum dengan sikap kedua insan berhati mulia ini di mana gadis itu sanggup memberi bantuan awal terhadap pak cik ini disusuli Ustaz Ebit Lew.
Bukan itu sahaja, warganet juga berharap agar lebih ramai orang baik seperti ini di luar sana yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di saat melihat orang lain terutamanya golongan warga emas yang berada dalam kesusahan.
Berikut reaksi netizan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Era Baru via
Post a Comment