Terpaksa Rahsia Tak Nak Kacau Latihan Askar, Gadis Menangis Lepas Tahu Kehilangan Orang Tersayang.

Terpaksa Rahsia Tak Nak Kacau Latihan Askar, Gadis Menangis Lepas Tahu Kehilangan Orang Tersayang.

Tidak dapat dinafikan, kehilangan seseorang merupakan moment yang sukar untuk diterima kita. Lebih-lebih lagi apabila mereka terdiri daripada ahli keluarga kita, mungkin tak dapat bayang bagaimana perasaan sebak ketika itu.

Terpaksa Rahsia Tak Nak Kacau Latihan Askar, Gadis Menangis Lepas Tahu Kehilangan Orang Tersayang.



Sama jugalah seperti nasib yang menimpa individu ini apabila turut diuji dengan pemergian insan tercinta.

ARTIKEL MENARIK:Masalah Bekalan Ayam: Datuk Ameer Mydin Mula B0ngkar Perkara Ini, Buat Ramai Setuju


Betapa sedihnya dia bila dapat tahu Allahyarham atuk dah pergi.

Menerusi perkongsian nurulnadia972 di laman TikTok, kelihatan sebuah keluarga sedang melawat anak perempuannya yang difahamkan baru selesai menjalani latihan tentera.

Namun, detik gembira pertemuan itu bertukar duka selepas gadis tersebut dikejutkan dengan pemergian atuk kesayangannya.

Family terpaksa sebab tak nak ganggu emosi dia sepanjang latihan.


Family terpaksa sebab tak nak ganggu emosi dia sepanjang latihan
Sejurus mendengar khabar buruk itu, gadis berkenaan dilihat terkejut seakan-akan tidak percaya akan berita tersebut.

Malah, dia juga mula menangis teresak-esak sebelum ditenangkan oleh ibu serta ahli keluarga lain. Difahamkan, mereka terpaksa merahsiakannya kerana tidak mahu emosi anak terganggu sepanjang menjalani latihan itu.

Stay strong kak, kalau Allahyarham masih ada, mesti dia bangga dengan awak…semoga terus kuat

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati selepas melihat reaksi sebak gadis tersebut. Malah, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat selain mendoakan agar dirinya kuat menerima pemergian insan tercinta.




Lihat video dibawah:

Asbab Terlalu Rindu, Wanita Sebak Hidu Baju Terakhir Suami Yang Telah ‘Tiada


Kehilangan orang tersayang sudah pasti memberi kesan yang sangat hebat dalam diri seseorang. Bukan mudah rasanya untuk menerima takdir tertulis walaupun semua adalah kehendak dari Allah Maha Esa.

Tidak dapat dinafikan, adakala air mata pasti tumpah tatkala terkenangkan memori bersama insan telah tiada.



Loading...


Ini je peninggalan terakhir B yang I ada walaupun dah koyak


Dalam sebuah perkongsian di TikTok, seorang wanita bernama Lena sedang bersedih kerana terlalu rindu akan bau badan pasangannya yang telah pergi menghadap Ilahi.

Dia dilihat beberapa kali menghidu baju peninggalan terakhir Allahyarham selepas selesai solat. Walaupun pakaian itu sudah pun koyak rabak, namun ianya tetap disimpan sebagai sebuah kenangan.

Saya suka kucup Allahyarham dulu…nak pastikan dia bersih tiada bau orang tak sihat.

Tambah Lena ketika suami masih hidup, dia gemar mengucup setiap bahagian tubuhnya bagi memastikan lelaki berkenaan sentiasa bersih dari kotoran. Wanita tersebut juga enggan pasangan tersayang berbau seperti orang yang tidak sihat semasa hayatnya masih ada.

Adik mesti kuat terus tabah…Insyaa Allah adik akan bertemu dia lagi di syurga, jangan nangis lagi…love you

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai titipan doa dan kata-kata semangat dari orang ramai agar wanita tersebut tabah dengan ketentuan tuhan. Netizen turut berasa sebak dengan dugaan yang menimpa Lena selain berdoa supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi insan beriman.




Sumber : TikTok nurulnadia972, viralnewsupdates.com, TikTok Lena_Lynn viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post