KUALA LUMPUR: Pembekal tidak boleh mengambil kesempatan dan perlu bertanggungjawab dalam isu kekurangan bekalan makanan seperti ayam.
Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal sedemikian tidak seharusnya berlaku apa lagi di negeri Selangor.
ARTIKEL MENARIK:Murid Makan Bersila Atas Lantai, VIP Makan Meja Berhias. Cikgu Fadli Tampil Bersuara
“Cerita ayam ini isu bekalan makanan jadi tidak patut mana-mana pihak enggan bagi bekalan, kalau bekalan ada. Kalau betul tak ada, itu cerita lain. Tetapi di Selangor kalau kata tak ada bekalan, saya rasa tidak betul.
“Bekalan ada tetapi terhad. Di Mydin kita jual selalunya 20 tan tetapi sebab bekalan terhad jadi kita ada 8 atau 10 tan sahaja.
“Disebabkan kawalan harga, kita tidak ada keuntungan tetapi kita bertanggungjawab. Ini makanan, untung rugi cerita lain, yang penting kena pastikan ada bekalan,” katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Sabtu.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan melepaskan buat sementara waktu kawalan harga bagi membolehkan bekalan masuk sekaligus menyeimbangkan harganya.
“Pendapat saya, jangan ada kawalan harga kerana ia mengganggu pasaran. Lepaskan dulu kawalan harga sebab kos sekarang tinggi, kita beli RM8.80 daripada pembekal dan kita jual balik RM8.90, tak ada untung. Kami di Mydin masih boleh bertahan tetapi bagi peruncit atau peniaga di pasar contohnya, susah bagi mereka.
“Saya faham kita nak kurangkan inflasi, tetapi kalau bekalan banyak, harga akan turun dengan sendirinya. Tengok macam test kit (COVID-19), bila sudah terlalu banyak bekalan, harga turun dengan sendirinya.
“Yang mustahak sekarang ialah nak pastikan bekalan ada. Kawalan harga tak pernah berkesan untuk jangka masa panjang,” jelasnya.
Beliau juga menyarankan orang ramai agar tidak panik dan bersabar dengan isu bekalan makanan yang terhad ketika ini.
“Ini krisis global, kita di Malaysia masih bernasib baik sebab makanan masih ada. Ada negara lain jangan kata ayam, dan dapatkan barang asas seperti gandum dan gula pun susah, malah ada yang memang sudah kehabisan bekalan.
“Tidak perlu panik, jangan beli terlalu banyak kerana takut Malaysia tak ada makanan, saya tidak rasa kita akan sampai ke tahap kebuluran. Selain import makanan, kita juga ada makanan dalam tin, malah sayur-sayuran juga banyak di Cameron Highland,” katanya lagi.
Semalam, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.
Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca ayam s4kit.
kredit:; astro awani via
Post a Comment