Sedekah Duit Raya, Sunnah Nabi Gembirakan Kanak-Kanak, Tapi Jangan Ajar Anak Meminta!

Sedekah Duit Raya, Sunnah Nabi Gembirakan Kanak-Kanak, Tapi Jangan Ajar Anak Meminta!

Bulan Syawal ini pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak kita. Mana tidaknya, bulan inilah anak-anak seronok mengumpul duit raya dan berpeluang membeli apa sahaja yang mereka idamkan.

Sedekah Duit Raya, Sunnah Nabi Gembirakan Kanak-Kanak, Tapi Jangan Ajar Anak Meminta!



Jika ada yang tidak mahu memberikan duit raya, itu pilihan masing-masing.

ARTIKEL MENARIK:Biar Penat Di Dunia, Jangan Penat Di Akhirat. Amalkan Amalan Ini Bagi Mudah Menjemput Rezeki


Perkongsian Cikgu Fadli Salleh ini wajar kita selami. Perlu ke bagi duit raya? Ya perlu untuk kegembiraan anak-anak namun jangan biarkan mereka meminta. Jom ikuti perkongsian beliau.


Setiap kali raya, akan timbul balik isu duit raya. Ada orang siap pesan supaya jangan bagi kanak-kanak duit raya. Katanya nanti budak tu jadi materialistik.

Tepuk dahi juga aku baca cadangan dia. Tak nak bagi kanak-kanak duit raya, tiada masalah. Pilihan masing-masing. Dan mungkin juga masa tu kewangan mereka tengah sempit ke apa. Tak apalah tak nak bagi tu.

Cuma bila sampai hasut orang lain jangan bagi juga, tuduh bagi duit raya menjadikan budak-budak materialistik, pada aku tak kena sakan lah.


Kita pernah jadi budak. Kita dulu pernah terima duit raya. Seronok tak? Seronok sangat-sangat ada income/duit sendiri ni. Sangat-sangat seronok. Tak terbayang kata-kata.

Kalau boleh nak raya setiap bulan. Sebab seronoknya dapat duit. Adakah kerana kita pernah dapat duit raya masa kecil dulu kita sekarang menjadi materialistik? Tidak kan?

Gembirakan kanak-kanak ni, sunnah nabi saw. Buat budak seronok InsyaAllah dapat pahala.
Kenapa sampai nak sekat kegembiraan kanak-kanak? Bagi je mereka seronok nikmati zaman kanak-kanak mereka.


Cuma ajar dan didik anak-anak kita jangan meminta. Ni pergi rumah orang siap cakap “Pak cik, nak duit raya”. Haaa, hat tu aku setuju jika nak larang pun. Larang meminta-minta.

Lagi satu, didik anak adab terima angpau. Jangan buka depan tuan rumah. Jangan pula sampai cakap, “Alaa. Dapat dua ringgit je. Rumah sana dapat lima ringgit”.

Hat ni kita kena didik anak-anak. Tugas ibubapa sentiada didik anak-anak bersyukur dengan pemberian orang. Berterima kasih pada orang yang memberi hadiah (duit raya) walau berapa nilainya, walau apa hadiahnya.

Didiklah anak-anak kita begitu. InsyaAllah mereka akan faham dan jadi anak-anak yang berterima kasih dan bersyukur.

Dan InsyaAllah besar nanti mereka pun akan ulangi adat beri duit raya pada kanak-kanak lain pula. Sebab mereka pernah rasai keseronokan mendapat duit raya, dan mereka nak lihat budak-budak lain pula rasai kegembiraan dan keseronokan mendapat duit raya.

Apa salahnya begitu? Pada aku tak ada salah bagi duit raya kat kanak-kanak. Kita orang dewasa kalau orang bagi duit raya walau RM5 cuma pun rasa seronok wei.



Loading...


Siapa tak seronok dapat hadiah walau cuma sebiji gula-gula yang harga seposen cuma? Dulu ada kawan aku tukar budaya bagi duit raya dengan buku. Anak-anak pergi beraya, dia bagi hadiah buku yang nilai sekitar RM2-RM5 senaskah. Buku kisah teladan, buku kisah kanak-kanak.

Yang ni aku sokong. Bagus juga budaya macam tu. Anak-anak dapat kelainan, boleh pupuk minat membaca mereka pula.

Tak ada masalah nak bagi duit raya ke, nak bagi buku ke, nak bagi hadiah apa-apa kat kanak-kanak.
Pada aku, aku lebih suka bagi duit raya sebab dulu aku ada banyak impian. Nak beli kereta kontrol lah. Nak beli basikal lah. Nak beli seluar jean Levi’s lah. Nak beli raket badminton lah.


Nak minta dengan abah dan ma, takut. Kami adik-beradik tak diajar meminta-minta nak itu nak ini sejak kecik. Ada apa-apa benda yang nak, cuba usaha sendiri.

So, nak capai impian aku kena tunggu hari raya. Kumpul duit raya yang orang bagi, beli apa jua impian kita. Seronok Ya Ampunnn dapat beli impian kita guna duit kita sendiri tanpa minta dengan ma abah ni.

Jadi kawan-kawan. Jika kita mampu, apa salahnya teruskan sahaja budaya beri duit raya pada kanak-kanak.

Pada aku, ini budaya yang bagus dan selari dengan sunnah nabi saw.
Begitulah.


Kredit -Pa&Ma




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post