Pelajar maut semasa larian merentas desa

Pelajar maut semasa larian merentas desa

SEORANG pelajar tingkatan 4 meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa hari ini.

Pelajar maut semasa larian merentas desa



Ketua Polis Daerah Marang Zain Mat Deris berkata pelajar terbabit dikenali sebagai Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan rebah ketika menjalani latihan kira-kira jam 8.30 pagi.

ARTIKEL MENARIK:Rayuan kes Nagaenthran ditolak, dihukum gantung hari ini


Beberapa rakan sekolahnya cuba membantu mangsa, namun keadaannya semakin lemah dan guru bertugas membawanya ke klinik Pengkalan Berangan untuk rawatan, di mana doktor mengesahkannya meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Loading...


Zain berkata terdapat beberapa luka di bahagian atas kening kanan pelajar, calar di bawah dagu kiri, dan di belakang tangan kiri. Kecederaan dipercayai dialami mangsa terjatuh.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal ke atas mangsa tidak menunjukkan sebarang perbuatan keji dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


Kredit -suaramerdeka



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post