Tidak tahan lagi ‘dikacau’ oleh orang ketiga dalam rumah tangganya, pelako,n Puteri Sarah Liyana akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan itu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Dunia Anita itu menerusi satu perkongsian video di plaftorm TikTok miliknya.
ARTIKEL MENARIK:Comel Bawa Perut..Sekarang Berdua, Tahun Depan Raya Bertiga Pula Dengan 7 Pasangan Selebriti Ini
Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah meluahkan rasa menyesal kerana tidak meneruskan sahaja laporan polis terhadap wanita tersebut dahulu, sehingga keadaan menjadi semakin keruh.
Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis.
“Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam.
Akhirnya, kena kacau ‘double triple’ teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya.
Mengulas lanjut, dia menyifatkan segala hal yang baik akan datang kepada insan yang telah lama bersabar.
“Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari.
“Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan
rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga.
Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.
Sumber : UTUSAN ONLINE via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment