Kebetulan pula, tujuh pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga ini dan kini sedang menanti waktu untuk menimang cahaya mata sulung mereka telah memilih persalinan merah dan kuning semasa Hari Raya pertama, Isnin lalu! Hhm, warna-warna yang menaikkan semangat hendak makan agaknya.
Jelas keceriaan tetap terserlah pada wajah masing-masing biarpun si isteri sedikit penat kerana sedang berbadan dua. Sekarang beraya berdua, tahun hadapan mereka bakal meraikannya secara bertiga pula!
ARTIKEL MENARIK:Idzham Ismail putih mata, duit simpanan dalam akaun RM7,000 les4p!
Raja Shahiran & Uyaina Arshad
Sejak mengumumkan hamil pada awal April lalu, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad semakin selesa untuk berkongsi momen bersama peminatnya sebagai seorang selebriti yang sedang berbadan dua. Pertama kali menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa, pasangan ini mendoakan agar keberkatan dalam bulan mulia ini dapat diperolehi.
Ayie Floor88
Pejam celik, usia kandungan isteri penyanyi band Floor 88 berusia 24 tahun ini telahpun memasuki usia tujuh bulan. Menyifatkan isterinya, Nur Natasha sebagai seorang yang tidak mengenal erti penat, Ayie turut berkongsi bahawa Natasha juga masih gagah ingin mengekorinya semasa membeli baju raya untuk keluarga hingga ke tengah malam.
Fizo Omar
Ceria betul keluarga kecil ini. Pelakon dan Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 iaitu Fizo Omar tampil sedondon dengan isterinya, Fazeera Nazri yang kini sedang hamil cahaya mata mereka bersama serta anak Fizo daripada perkahwinan pertamanya, Wan Maryam.
Harith Zazman
Masa yang ditunggu-tunggu oleh penyanyi Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman dan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang kini memasuki bulan terakhir sebelum momen bersalin tidak lama lagi. Tampil bersederhana di kampung halaman mereka, mereka juga tidak sabar untuk mengendong bakal cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Ariff Bahran
Mengesahkan isterinya, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan kini sedang hamil, penyanyi Ariff Bahran mengakui dirinya gementar namun tetap teruja kerana kehamilan sudah berada awal trimester ketiga. Sambil mengharapkan doa peminat agar urusannya, isteri dan bayi merea terus dipermudahkan, Hari Raya tahun ini disambut sederhana bersama keluarga di kampung halaman.
Elisya Sandha
Memasuki usia kandungan tujuh bulan, terserlah kecerian pada wajah pelakon, Elisya Sandha dan pasangannya, Uzair Haqimy. Hanya pada empat hari lalu, Elisya menerusi hantaran di Instagram telah berkongsi berita gembira itu bersama warganet menerusi video yang menunjukkan reaksi gembira dan penuh kesyukuran dalam kalangan keluarganya sewaktu berita itu terlebih dahulu disampaikan kepada mereka.
Usop
Akhir sekali, kemanisan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini turut dirasai oleh penyanyi, Usop dan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim yang kini hamil cahaya mata sulung mereka. Kata Usop, mereka dapat merasai kesempurnaan Ramadan lalu setelah mendapat tahu berita gembira itu.
Malah, dia sendiri merasai dirinya kini lebih matang dalam perihal rumah tangga apabila keselamatan dan kesejahteraan isteri (dan bayi) lebih diutamakan berbanding dirinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Remaja via
Post a Comment