Pasangan pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar dikhabarkan sah berce’rai dalam satu prosiding Mahka’mah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut satu laporan, Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar telah melaporkan permohonan ce’rai ke atas suaminya, Azri, 54, sebelum Ramadan lalu.
ARTIKEL MENARIK:MasaTmuramah, Ada OrangMnta DatoVlda Brtaubt, Ini JwapanBliau Buat Rmai TakSngka
Ulasan Azri seperti berikut,
“Ya betul, saya dah ce’raikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak berga’duh pun.”
“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.”
“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita.” katanya.
Kata Ellie pula, perce’raian berlaku kerana tiada lagi keserasian antara mereka selepas hampir 20 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri,” ujarnya.
Terdahulu
Ellie dan Azri berkahwin pada 2003 dah hasil perkongsian hidup hampir dua dekad, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar mening’gal dunia selepas 15 minit dilahirkan, manakala anak keempatnya, Ahmad Muhammad Iskandar mening’gal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penang’gal.
Komen netizen:
“Sultan Baginda Masai: Dah ta’mat tempoh bersama.. Dlm erti kata lain jodoh dah ta’mat kontrek.”
“Sunita Jamaludin: Dah tertulis jodoh hanya sampai harini je..Baguslah tak buka @ib pasangan,malah memuji lagi pasangannya..”
“Waziha Wahid: Sayangnya lahai…dkt 20 thn tu”
“Dgsiti Agismail: Moga tabah..”
“Erine Eyunie: Bersabar lh. .jodoh stkt tu ja”
Menarik tentang Ellie Suriati
Selain dikenali sebagai pelakon, Ellie Suriaty Omar lahir 20 Februari 1970 juga merupakan seorang pengarah wanita di Malaysia.
Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?.
Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan.
Dirnya mula menjadi masyhur selepas menjadi pengarah teater “Antara” bersama Erma Fatima, sungguhpun kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya.
Teater itu dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ellie mengubah suai naskah Antara kerana dikatakan “terpesong” daripada ak1dah Islam. Berkenaan hal itu, Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.
Menarik tentang Azri Iskandar
Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar lahir pada 1968 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelakon lelaki yang dikenali kerana kemampuannya membawakan watak-watak berkarektor.
Beliau pernah beberapa kali dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik dalam anugerah hiburan tempatan.
Antara drama pernah dibintangi Azri adalah Badai Pesona Ringgit, Tersuka Tanpa Sengaja, Surah Buat Maisarah, Jejak Karmila, Lafazkan Kalimah Cintamu, Rahimah Tanpa Rahim, Single Terlalu Lama dan Jangan Tapau Cintaku.
Sementara filem dibintangi Azri pula adalah Iman Alone, Puteri Impian 2, Perempuan Melayu Terakhir, Gerak Khas The Movie II, Lagenda Budak Setan 2: Katerina, Malam Penuh Bermisteri, J Revolusi dan Mat Bond Malaya.
Sumber: Kosmo dan muzik jalanan via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment