Tampil dedahkan apa sebenarnya yang berlaku, Waris N9 dedah perkara sebenar di majlis agama tersebut

Tampil dedahkan apa sebenarnya yang berlaku, Waris N9 dedah perkara sebenar di majlis agama tersebut

Penyanyi rap, Waris tampil memberikan penjelasan berhubung video tular yang merakamkan dirinya menyanyi rap di sebuah majlis agama.

Tampil dedahkan apa sebenarnya yang berlaku, Waris N9 dedah perkara sebenar di majlis agama tersebut



Menurut Waris, video itu merupakan video lama yang dipotong dari IGTV dan menimbulkan salah faham orang ramai.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Salah Seorang Kawan Tangmo Nida, Kena Waran Tangkap




“Guys, p.3rang undi dah mula, yang post video aku menyanyi di masjid itu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas cuba tapi tak jadi. Tahun ini dia upload video sama lagi dan berjaya viral. Tujuan? Nak buat korang marah. Aku hanya bahan je be careful. Be careful apa yang anda dengar dan salam sayangi diri sendiri. Video, klik link


Menerusi Instagram Story pula, Waris menunjukkan bukti video penuh acara berkenaan yang mana pada ketika itu menerima komen positif. “Ni video penuh yang asal, korang nilai lah ikut ketinggian ilmu korang okay. Jangan lupa tengok komen-komen pada waktu itu. Penuh dengan positivity, tapi hari ini… Hmm…” coretnya. Terdahulu, video tular Waris mengundang rasa kurang senang warganet apabila menyanyikan lagu Rembau Most Wanted bahagian kedua dalam sebuah majlis agama. Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Waris yang dianggap tidak bersesuaian menyampaikan lagu rap dalam acara tersebut. Sumber : GEMPAK

“Saya dah tak tahan, mereka tak reti nak respek!” – Waris mahu tukar nama kerana rasa kurang dihormati


Loading...


Waris kesal warganet tak hormat, ambil keputusan tukar nama komersial. Selepas lapan tahun dikenali sebagai Waris, penyanyi rap Muzammil Alias mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersial itu. Waris, 30, berkata, sepanjang menggunakan nama itu, dia berasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda yang buruk atau terlukakan hati korang semua. Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris. Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu),” katanya.

Waris mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video berdurasi satu minit yang dimuat naik di laman sosial pada malam Rabu. Tambah Waris, dia turut meminta pendapat pengikut di media sosial untuk menyumbangkan idea bagi nama baharu yang sesuai untuk digunakan. “Kalau korang ada idea nama apa yang patut saya tukar, boleh komen.

Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu.

“Saya dah tak nak orang panggil saya dengan gelaran Waris, Jolobak ko Jolobu, pun saya tak mahu,” ujarnya. Rata-rata warganet menasihatkan penyanyi lagu Gadis Jolobu itu untuk mengekalkan nama komersialnya menerusi ruangan komen. “Lah nama Waris ok da tu… Kenapa pula nak tukar. Tak payah tukar nama tu… guna saja nama Waris tu. Sebab nama Waris tu la ada lagu loghat negeri sembilan yang melonjakkan nama Waris dalam industri seni ni,” komen beberapa warganet. Sumber, Mstar


Kredit -Era Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post