Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 1 April 2022 iaitu hari ini, negara kita telah memasuki Fasa Peralihan Endemik yang mana kebanyakan SOP telah dilonggarkan.
Keputusan ini telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapat pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta disyorkan oleh 4 menteri kanan.
ARTIKEL MENARIK:Ramai Yang Boleh Bantu Adun, wakil rakyat..Hendak seribu daya..” Ank Zahid Hamidi Backup Pensyarah
Fasa ini juga dikatakan sebagai ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kita kembali kepada kehidupan normal lepas 2 tahun kita menghadapi pandemik COVID 19, lapor Astro AWANI.
“Tidak, kita jauh lagi dari endemik”
Di saat ramai yang bersyukur apabila SOP seperti solat berjemaah yang kini dibenarkan rapatkan saf dan pembukaan sempadan jalan darat Singapura-Malaysia tengah malam semalam, ramai pula yang terkejut dan keliru dengan tweet dari Menteri Kesihatan kita ini. Menurut Khairy menerusi tweetnya pagi ini, ramai yang salah faham dan menganggap negara kita kini di dalam fasa endemik. Negara kita juga menurutnya, jauh lagi dari mendekati fasa tersebut. Ini adalah fasa (mungkin perlahan) peralihan ke endemik. Endemik ialah keadaan di mana penyakit tidak lagi berjangkit secara meluas tanpa langkah kesihatan awam (seperti pemakaian mask). “Kita jauh lagi dari endemik,” katanya. “Kalau bukan endemik nak panggil apa”
Tweet yang dimuat naik Khairy walau bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang kurang faham di fasa mana kita berada sekarang. Pun begitu, seorang warganet menjelaskan bahawa terang lagi bersuluh kita sekarang berada di dalam ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ seperti yang dinyatakan perdana menteri sebelum ini dan belum lagi memasuki Fasa Endemik yang seperti ramai sangka. Apa-apapun syukurlah banyak SOP dah dilonggarkan. Tak macam dulu, ingat tak lagi masa nak keluar rumah pun hanya boleh seorang wakil je nak beli barang dapur? Sumber, Lobak Merah
Tular Rakaman Anuar Ibrahim Ditegur Pegawai KKM Tidak Pakai Pelitup Muka. Sekali Ini Pulak Komen Balas KJ.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu melakukan sedikit tambah baik terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemakaian pelitup muka ketika ceramah berkempen. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendirian KKM itu telah dimaklumkan kepada SPR pada Ahad.
“KKM tiada halangan sekiranya SPR nak ubah sikit SOP untuk (individu) yang sedang berucap sekiranya tidak ada orang sekeliling yang rapat jarak dan dengan jarak yang sesuai, dia boleh buka pelitup muka. Sebab itu SOP yang sering digunakan di tempat lain, acara-acara rasmi dan sebagainya. Tapi penonton itu kena kekal dengan pelitup muka. Jadi saya dah beritahu, mungkin insya-ALLAH hari ini akan dibuat pindaan sikit pada SOP tersebut,” katanya ketika ditemui program jelajah bertemu pengundi di Kampung Lukut, di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur pegawai dipercayai daripada KKM yang meminta beliau memakai pelitup muka ketika berceramah kempen PRN Johor di Larkin. Difahamkan, teguran itu berkaitan dengan SOP pemakaian pelitup muka yang ditetapkan oleh SPR ketika berceramah. Dalam pada itu, Khairy berkata, secara keseluruhannya pematuhan SOP pada PRN kali ini secara berada pada tahap yang baik. Sumber : Sinar Harian
Kredit -
Post a Comment