Pihak kerajaan memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan menarik balik atau membuat pusingan U rhubung keputusan pelaksanaan gaji minima RM1,500 yang akan dilaksanakan pada 1 Mei ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan gaji minima akan diteruskan walaupun terdapat pelbagai cadangan dan rayuan mahu ia ditangguhkan
ARTIKEL MENARIK:Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan KWSP Sebelum Bersara, Kata Datuk Seri Amir Hamzah
Menurutnya, kerajaan komited dan memberi jaminan gaji minima dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Saya sekali lagi ingin memberi jaminan di sini seperti yang saya umumkan bahawa gaji minima akan dilaksanakan pada 1 Mei iaitu gaji minima RM1,500 untuk pekerja.
“Walaupun terdapat pelbagai cadangan, rayuan dan sebagainya, saya ingin memberi jaminan hari ini bahawa ketetapan gaji minima untuk dilaksanakan pada 1 Mei akan diteruskan,
“Kita tidak akan menarik balik dan sebagainya, tidak akan ada u-turn (pusingan U) dan sebagainya (ia) akan diteruskan cuma butirannya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan,” katanya.
Beliau turut berkata, pekerja tidak perlu bimbang kerana pelaksanaannya akan dilakukan mengikut butiran yang akan diumumkan Kementerian Sumber Manusia.
“Sebagai contoh, kalau ada warung-warung atau gerai-gerai tepi jalan di Kemaman, dia ada pekerja seorang (dan) kalau diarahkan beri gaji minima RM1,500, tutup gerai itu dan akhirnya gerai tutup, pekerja pun hilang kerja.
“Jadi butirannya akan diumumkan Menteri Sumber Manusia tetapi gaji minima tetap dilaksanakan, jadi jangan bimbang,” ujarnya.
Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minima sebagai penghargaan kepada golongan pekerja.
Sumber:Redaksi via
Post a Comment