“Jumpa My4t Suami Terg4ntung Di Tali Buaian, Dunla lsteri Gel4p Gelit4”- Tr4uma Asik Terbayang Kaki Terjuntal Dlm Bilik

“Jumpa My4t Suami Terg4ntung Di Tali Buaian, Dunla lsteri Gel4p Gelit4”- Tr4uma Asik Terbayang Kaki Terjuntal Dlm Bilik

SOAL jodoh, maut serta rezeki sememangnya kententuan Yang Maha Esa.

“Jumpa My4t Suami Terg4ntung Di Tali Buaian, Dunla lsteri Gel4p Gelit4”- Tr4uma Asik Terbayang Kaki Terjuntal Dlm Bilik



Namun siapa sangka, suami yang dikahwini sejak 18 tahun lalu pergi buat selamanya meninggalkan wanita ini terkontang-kanting membesarkan empat anak mereka.

ARTIKEL MENARIK:Ustaz Azhar Idrus Terang Hukum Orang Yang Mempertahankan Pelaku Pender4an Kanak2


Lebih tragis, si suami meninggal dunia dengan cara yang langsung tidak terjangkau dek fikirannya mahupun anak-anak.

Kisah menyentuh hati yang menimpa keluarga ini dikongsikan aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu, di laman Facebook selepas diceritakan kembali oleh wanita bernama Yuliana Zainal.

“Saya asalnya orang susah dan tak kisah pun hidup susah bersama suami. Saya tak pernah menyusahkan suami. Suami dan saya sama-sama sekolah tak tinggi jadi kami sama-sama kerja kampung. Menoreh getah dan mengopek ikan bilis.

“Suami pula kalau ada rezeki bertukang rumah, dia bertukang. Kalau ada rezeki membersihkan kebun, dia bersihkan kebun. Mana yang datang asal jadi duit, kami akan usahakan.


Tetapi sejak setahun yang lalu, suami mula berubah. Dia lebih banyak menyendiri. Larut malam, dia masih duduk berpeluk tubuh di luar rumah. Kadang-kadang, dia juga bercakap seorang diri.

“Beberapa kali, saya cuba bertanya apa yang mengganggu fikirannya. Tapi dia bertegas mengatakan saya tak perlu tahu, biarlah dia sendiri yang memikirkannya,” tulis Natipah sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Yuliana.

Munurut Yuliana, 43, sekalipun keadaan suaminya banyak berubah sehingga tidak keluar bekerja menyara keluarga, namun dia sama sekali tidak memarahi lelaki berkenaan kerana cuba memahami situasi yang dihadapinya.


Sehinggalah tanggal 10 April lalu, Yuliana serta empat anaknya dikejutkan dengan tragedi yang membuatkan mereka trauma sehingga kini.

“Suami keluar rumah awal pagi dan tidak pulang hingga ke petang. Saya mencarinya di rumah ibu mentua yang tinggal berhampiran namun hampa, suami tiada.



Loading...


“Sekitar jam 4 petang, ketika saya pulang, saya nampak motosikal suami ada di luar rumah. Saya lega kerana suami akhirnya pulang ke rumah.

“Apabila melangkah ke dalam rumah, saya dengar bunyi air paip dari arah bilik kami. Saya sangka suami saya sedang mandi. Lama tidak keluar, saya memanggil-manggil suami. Tetapi panggilan saya tidak berjawab.

“Saya pun masuk ke dalam bilik. Saat masuk, terasa hendak putus nyawa apabila ternampak tubuh suami tergantung dengan tali buaian terjerut di leher.

“Saya tak mampu hendak berkata apa-apa lagi. Meraung saya memeluk kedua belah kaki suami yang terjuntai. Terasa gelap gelita dunia saya,” ceritanya yang menetap di sebuah kampung di Baling, Kedah.

Tambah Yuliana, dia berasa sedih bercampur ralat kerana tidak mengetahui punca kepada masalah suaminya sehingga lelaki tersebut nekad mengambil tindakan sedemikian.

“Sampai hari ini saya masih terbayang-bayang mayat suami yang tergantung di depan mata. Sedih, tidak tahu hendak dikata lagi. Tetapi apa daya, hidup kami terpaksa diteruskan.


“Saya kesian kepada anak-anak. Mereka menanggung kesan trauma yang bukan mudah untuk diluah,” ujar ibu kepada empat cahaya mata berusia dalam lingkungan lima hingga 17 tahun.

Mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika ini, Yuliana yang hanya mengambil upah mengopek ikan bilis sebagai mata pencarian berkata dia sedaya upaya mencari rezeki agar pelajaran anak-anaknya tidak terabai.

“Walaupun kami susah, persekolahan anak-anak tak pernah kami abaikan. Anak sulung saya sangat cemerlang dalam pelajaran dan berada di asrama penuh.

“Hanya pelajaran saja yang mampu saya beri kepada anak-anak demi masa depan. Saya berharap anak-anak saya memiliki masa depan yang baik berbanding apa yang saya ada dan lalui hari ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu menurut Natipah, dia menggerakkan inisiatif Sedekah Jumaat bagi membantu Yuliana dan empat anaknya membina hidup baru setelah kematian ayah mereka baru-baru ini.

“Selain membeli kelengkapan hari raya, kita juga hendak membaiki kerosakan utama dan membeli keperluan utama rumah ini agar kelima beranak ini tidak terus hanyut di dalam kesedihan,” kata Natipah.

Sehingga kini perkongsian Natipah di laman Facebook meraih 263 shares.

Sumber: mstar viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post