Pelakon Adam Corrie menyeru orang ramai agar berhenti daripada terus memberikan perhatian kepada mana-mana individu yang tidak menghormati agama.
Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, turut menyeru agar masyarakat berhenti daripada memuat naik sebarang gambar dan nama individu yang sengaja mengundang kecaman.
ARTIKEL MENARIK:Korang Pernah Musn4hkan Nama Aku”- Kini Mamat Dedah Cerita Pasal Kumpulan Sepah
“ Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan , tak menghormati agama dan sebagainya.
“ Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian. Hentikan update posting gambar-gambar dan nama dia setiap hari,” tulisnya.
Adam meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Perkongsian Adam itu kemudian menerima pelbagai respons yang bersetuju dengan apa yang disuarakannya.
“ Betul tu, setuju. Lagi dilayan, lagi dia buat.
“ Betul abang, lagi orang kongsi pasal dia, lagi dia suka sebab satu malaysia tumpu pada berita dia.
“ Setuju, saya pun geram. Tengok pengikut dia makin bertambah ada lah
“ Bila semua mata beralih kepada mereka, itulah yang dicari sebenarnya,” tulis sebahagian netizen.
Biarpun tidak menyebut secara langsung nama mana-mana individu, namun entri berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang menunaikan umrah dengan mengenakan telekung.
Terdahulu, Muhammad Sajad atau lebih dikenali dengan panggilan Nur Sajat menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya menunaikan ibdah umrah dalam keadaan dirinya menyerupai jemaah wanita.
Sajat Sudah Tukar Jantina
Dalam perkembangan lain Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa di sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.
“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
Berita berkaitan: Sajat gembira tinggal di Australia, luaskan sayap perniagaan
“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.
Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Nur Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.
Sumber: GEMPAKvia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment