Korang Pernah Musn4hkan Nama Aku”- Kini Mamat Dedah Cerita Pasal Kumpulan Sepah

Korang Pernah Musn4hkan Nama Aku”- Kini Mamat Dedah Cerita Pasal Kumpulan Sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Korang Pernah Musn4hkan Nama Aku”- Kini Mamat Dedah Cerita Pasal Kumpulan Sepah



Menurut Mamat, dia mengakui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun tetap akur dengan segala yang terjadi.

ARTIKEL MENARIK:Wanita dulu berhijab kini tanggal, Da’i Farhan harap diberi hidayah – “Balik ke pangkal jalan..”


“Dalam dunia ni, ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan mar4h iaitu Jep.

“Pada pandangan orang luar ye memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kitaorang bertahun keluar tv non-stop.

“Tapi bila kita berg4duh pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

“Bila saya kehilangan kawan saya tu,  saya dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya.


Kisah tersebut dikongsikan oleh Mamat menerusi program bual bicara, Rumah No 107 yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sepahtu meski dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini.

“Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengk4r atau bertumbvk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya.

“Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka.

“Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdend4m atau menyimpan perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu.

“Bagi saya mereka tiada d0sa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka mati mereka bagi tahu isteri mereka ada d0sa dengan Mamat. Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda d0sa dengan aku.


“Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancvrkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang m4ti nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.

“Sebab kita pernah janji kita nak m4ti sanma-sama. Kau mati aku duduk sebelah liang lah4at kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya jujur.

Mamat, Jep dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai program Raja Lawak musim ke-3.

Bagaimanapun, Mamat telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 2012 atas sebab-sebab tertentu.


Loading...


Peminat mahu Mamat kembali bersama Sepah

“JIKA diikutkan sejarah Sepah adalah hasil ilham saya, begitu juga Sepahtu. Ketika susah kami bersama-sama tetapi apabila senang semuanya lain-lain.

“Saya tidak mahu memberi harapan untuk kembali dan biar masa menentukan,” kata bekas ahli kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad, 34, atau Mamat Raja Lawak.

Mamat menjawab permintaan peminat yang mahukannya kembali menyertai Sepah selepas jenaka kumpulan itu tidak lagi menyinar berbanding ketika Juara Lawak musim ketiga pada 2009.

Mamat berkata, dalam pengetahuannya lawak Sepahtu tidak sama seperti dulu dan kemungkinan berkait penyertaan rakan selebriti, Rahim Mat Ali, 49, atau Rahim R2.

“Sewaktu Rahim mahu menyertai Sepahtu, berulang kali saya cakap dia mesti bagus daripada saya. Ini kerana Sepah memiliki harga diri yang cukup mahal.

“Memang ada peminat mahukan Sepah yang asal tetapi saya tak mahu beri harapan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali dan setakat ini tiada perancangan,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.


Mamat mengakui dia pernah melakukan kesilapan pada 2012 menyebabkannya disingkirkan daripada kumpulan terbabit seperti lupa diri sebaik memiliki ratusan ribu ringgit ketika berusia 25 tahun sebelum dikaitkan dengan beberapa wanita.

“Ia menjadi pengajaran berguna untuk menjadi manusia yang lebih baik. Cuma kadang-kadang saya terfikir dulu kami susah bersama tetapi apabila senang semuanya membawa haluan,” katanya.

Menurutnya, hubungannya bersama rakan, Shuib dan seorang lagi anggota kumpulan itu setakat ini baik serta mereka pernah mencapai kejayaan yang membanggakan.

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, berkata dia berbesar hati sekiranya Mamat dapat menyertai semula kumpulan Sepah.

“Jika diikutkan hati, saya setuju jika Mamat dikembalikan. Saya boleh mencadangkan untuk dia dikembalikan tetapi terpulang pada pihak lain sama ada menerima atau tidak.

“Dakwaan mengatakan kumpulan Sepahtu tidak lagi kelakar berbanding Sepah adalah meleset. Sudah 10 tahun saya berada dalam industri ini dan jenaka sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,” katanya.

Menurutnya, Sepah mahupun Sepahtu memiliki kelebihan masing-masing dengan tujuannya menghiburkan penonton.

“Jika kumpulan Sepah masih bertapak, adakah ia masih kekal relevan pada hari ini,” katanya.

Kata Shuib, rezeki tidak mengizinkan Mamat bersama Sepah sebelum kumpulan itu dijenamakan semula sebagai Sepahtu pada 2012.

“Kami sentiasa melihat ke depan dan dalam perancangan untuk menyatukan semula Sepah. Kami bertiga juga sudah membawa haluan masing-masing dan memiliki keluarga,” katanya memberitahu perjalanan karier mereka kini diatur pihak pengurusan dan stesen televisyen.

Sumber: MH viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post