‘Rapatkan Saf’ – SOP Baharu Cetus Perdebatan Warganet

‘Rapatkan Saf’ – SOP Baharu Cetus Perdebatan Warganet

Fasa Peralihan Ke Endemik menyaksikan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu telah diperkenalkan bagi aktiviti masjid dan surau.

‘Rapatkan Saf’ – SOP Baharu Cetus Perdebatan Warganet



Bermula 1 April 2022, pelaksanaan penjarakan fizikal termasuk bagi solat berjemaah di masjid atau surau telah dimansuhkan dan saf sudah mula boleh ‘dirapatkan’.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya rngka kanak² perempuan telah ditemui, namun luahan bapa kanak² ini buat ramai rasa sebak


Namun, didapati wujud perbezaan pendapat mengenai istilah ‘rapatkan saf’ ini di kalangan orang ramai khususnya golongan warganet.

Isu ini menyaksikan tercetusnya perdebatan hangat yang menyaksikan masing-masing berhujah dengan menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Mōhd Nōr Īqmāl telah membuat hantaran berikut:

Rapatkan Saf

KITA BELUM RAPAT SAF

Secara peribadi, saya kecewa dan risau dengan keputusan kerajaan negeri berkaitan isu rapat saf di masjid dalam fasa endemik yang bermula hari ini.

Kita banyak didongengkan dengan perkataan ‘Mulai 1 April, boleh rapat saf di masjid’ sedangkan hakikatnya belum berlaku pun. Kenapa belum? Merapatkan saf adalah merapatkan bahu bertemu bahu dan tumit kaki bertemu tumit kaki. Ini istilah ‘rapat saf’ yang sebenar mengikut sunnah Nabi SAW.


Loading...


Dalam ketetapan SOP ini, yang boleh rapat cuma sejadah, orangnya tidak. Jadi kita tidak boleh beranggapan bahawa ini adalah ‘rapat saf’ yang diajarkan oleh agama.

Apa yang saya risau adalah, orang awam akan berpuas hati dengan keadaan ini dan melihat bahawa kita sudah cukup rapat saf apabila sejadah bertemu sejadah, sedangkan itu masih belum rapat. Anak-anak kecil juga dikhuatiri akan terbiasa dengan keadaan ini sehingga beranggapan inilah rapat saf yang diajarkan agama, padahal bukan.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini. Kita perlu terus mendesak supaya saf-saf di masjid dirapatkan mengikut sunnah dalam agama.

Dr. Arisman, MD. melalui akaun Facebooknya pula mempunyai pandangan yang berbeza. Sebagai seorang doktor, beliau berpendapat merapatkan sejadah sahaja adalah memadai buat masa ini.

Berikut merupakan penjelasan panjang lebar dari beliau yang dibuat melalui satu hantaran:

Rapatkan Saf

RAPATKAN SAF. SEJADAH ATAU BAHU?

Ini pendapat peribadi saya.

Maksud rapat saf dalam situasi FASA PERALIHAN KE ENDEMIK hari ini sebenarnya adalah hanya kain sejadah sahaja yang dirapatkan dan bertemu dengan sejadah makmum lain. Bukannya rapat secara fizikal antara makmum iaitu bahu ke bahu.

Perlis adalah negeri pertama yang melonggarkan SOP dalam masjid dengan merapatkan saf dalam solat bermula awal Januari 2022 kelmarin. Menurut salah satu ceramah dari Ustaz Rozaimi pada bulan lepas kalau saya tak silap, yang dimaksudkan itu adalah kain sejadah yang rapat, bukannya secara fizikal lagi seperti yang kita fikirkan kebanyakan orang.

Ada surat pekeliling atas titah dari Sultan Selangor yang menyatakan “.. boleh solat seperti biasa tanpa penjarakan fizikal lagi”. Ada sahabat yang mengertikan kita solat seperti biasa iaitu tumit bertemu tumit atau bahu bersentuh bahu.

Tapi anda sebagai makmum pernah terfikir tak? (Dalam situasi yang sekarang masih BELUM MENANG, penularan masih tinggi walaupun kes teruk berkurangan). Jika anda pergi solat berjemaah kemudian makmum di samping anda itu sedang batuk-batuk dan selesema, kemudian masuk waktu solat dia buka pula pelitup muka, kita nak tegur pun tak sempat sebab dah angkat takbir, dan saf pula dah rapat bahu ke bahu, tumit ke tumit. Lebih-lebih lagi ada SOP di surau/masjid yang tidak pantau ketat penggunaan pelitup muka semasa solat.

Anda boleh khusyuk ke dalam solat dengan senario begitu? Atau sebaliknya? Risau fikir pasal makmum sebelah ni..”abislah aku kalau dia ni positif Covid..”

… rasa nak cepat je habiskan solat tu kan? Kan? Boleh khusyuk tak? Jawab jujur.

Pendapat saya yang marhaen ini, perlahan-lahanlah dalam melonggarkan SOP. Kita tak menang pun lagi. Kes harian kita masih puluh ribu.

Tambahan pula kita sedia maklum keadaan sekarang pun masih ada yang positif (misalnya orang yang kita kenal sendiri) tetapi degil dan pentingkan diri tetap pergi keluar ke masjid dan surau, ke kedai, tidak mahu kuarantin di rumah, bahkan tidak mahu laporkan keputusan dalam MySejahtera.

Kami doktor tahu ada kalangan rakyat kita begini. Buktinya? Bila gejala memburuk, barulah mereka berterus-terang. Tak malu pula pergi ke klinik dan hospital meminta bantuan sedangkan pada awalnya tidak ikut arahan kami, menghina dan mengutuk kami KKM.

Untuk isu rapatkan saf bersentuhan fizikal ini, sudah pasti saya secara peribadi akan merasa KURANG selamat jika solat berjemaah di masjid apabila terfikirkan senario begini. Saya bimbang kerana masih ada segelintir masyarakat kita yang degil dan pentingkan diri.

Saya masih berpendapat rapatkan sejadah ini adalah tindakan wajar untuk sementara waktu lagi. Tak perlu lagi rapatkan secara fizikal bahu ke bahu.

InshaAllah bila kita dah benar-benar masuk ke dalam fasa Endemik, iaitu ubat antiviral khusus merawat Covid mudah didapati, kes kritikal pada tahap sangat rendah, sistem kesihatan kita tidak terbeban dengan kes baharu, kadar vaksinasi sangat tinggi dan kes kematian tiada hampir setiap hari, inshaAllah saya kira waktu itu sangat sesuai untuk kita mula kembali kepada norma lama iaitu tanpa pelitup muka dan saf di masjid dan surau rapat seperti biasa bahu ke bahu tanpa perlu membawa sejadah sendiri lagi.

Aamiin.

Walaupun maksudnya tidak ada penjarakan lagi 1 meter antara makmum, tetapi SOP lain masih dikekalkan iaitu pakai pelitup muka sentiasa dan bawa kain sejadah sendiri.

Jadi saranan saya. Jika anda bergejala, silalah solat di rumah dahulu. Jangan menjangkiti orang lain walaupun itu bukan virus Covid-19, kuman lain juga boleh memudaratkan kesihatan orang lain apabila dijangkiti.

Dr. Arisman, MD.
“Jangan kecam. Jangan komen kalau tak habis baca posting ni ya. ☺

Menurut Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa negeri dan di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing.

Namun, selepas seminggu SOP baharu ini dilaksanakan, masih tiada sebarang keputusan baharu atau perubahan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri.

Hingga ke hari ini, orang ramai masih ‘rapatkan saf’ dengan hanya merapatkan sejadah masing-masing tanpa bersentuhan dengan jemaah yang lain termasuklah ketika solat Jumaat dan solat tarawih.


Kredit -Article Update




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post