Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022.
Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.
ARTIKEL MENARIK:Ramai keliru maksud ganti semula amaun pengeluaran dan tambahan 20 peratus duit kwsp
Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.
Namun, adalah dinasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.
Amaun Pengeluaran
Bagi pencarum yang membuat permohonan, amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.
ika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan.
Kaedah Pembayaran
Pemohon yang berjaya akan menerima amaun bayaran yang dipohon dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.
Sebarang pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas adalah diutamakan berbanding pengeluaran lain.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:
- Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
- Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan permohonan mulai 9 April 2022, pemohon boleh membuat semakan melalui pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Sumber/Kredit:semakan0nline
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment