Kuala Lumpur: “Sedih bila kenang balik ‘moment’ ini. Menyesal pun ada,”.
Demikian komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad di video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu.
ARTIKEL MENARIK:Dah Kena Panggil TMJ Baru Nak Gelabah..”- Kenyataan Rina Harun Tentang Kes Slti Balnun DIkritik Netizen
Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen.
“Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi,” tulis satu netizen membalas komen Uyaina.
Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu.
Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
“Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata.
“Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?
“Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?” katanya.
Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya.
“Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.
“Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.
“Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya.
Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.
“Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya.
Pengasas Rumah Bonda mohon dapatkan semula hak jagaan 5 anak angkat
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of
Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.
Kesemua pemohon diwakili peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor manakala Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Noor Afdzan Mohd Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd Imran Mohd Zanyuin bertindak bagi pihak responden.
Dalam permohonan itu, Siti Bainun dan empat ibu kandung anak itu memohon perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak itu yang kini diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai 2021, dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.
Permohonan itu turut menyatakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung lima kanak-kanak itu yang mahu hak jagaan diberikan kepada pihak pemohon (Siti Bainun)
Sementara itu, Nur Aminahtul berkata, hari ini sepatutnya pendengaran permohonan itu kerana pihaknya memfailkan perakuan segera.
“Bagaimanapun, pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan pihak kami.
“Jadi mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 September) untuk pendengaran permohonan itu” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Majistret Norfarahain Roslan.
Nur Aminahtul berkata, lima anak jagaan yang dituntut itu berusia antara dua hingga 16 tahun yang kesemuanya sebelum ini di bawah jagaan Siti Bainun dengan dua daripadanya adalah Sindrom Down.
“Pihak kami juga telah membuat permohonan interim untuk Siti Bainun mendapatkan akses kepada lima anak ini kerana beliau tidak pernah diberi akses kepada mereka sejak diambil pihak JKM pada 16 Julai lalu.
“Pada hari ini, mahkamah mengeluarkan perintah untuk membenarkan Siti Bainun mengakses lima anak angkatnya melalui panggilan video, penghantaran lampin pakai buang, susu untuk anak Sindrom Down dan peranti untuk dua anak yang bersekolah bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya.
Pada pertengahan Julai lalu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu
Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja orang kurang upaya (OKU).
Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan itu berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.
Sumber: metrovia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment