Kes penderaan melihatkan seorang kanak-kanak sindrom down, adik Bella sedang rancak dibualkan di media sosial.
Mana tidaknya, cerita-cerita dari mahkamah dan pendedahan saksi berhubung penderaan yang dialami oleh Bella sungguh menyayat hati.
ARTIKEL MENARIK:Mula2 Kagum & Baik Orangnya.. Bila dah terb0ngkar..” Tvlar WHI pernah temu ramah Balnu, uyaina Dedah sesuatu
Justeru itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut tampil bersuara bagi memastikan keadilan buat Bella diperoleh memandangkan pihak Orang Kena Tuduh (OKT) tampil dengan 10 orang peguam bagi mewakili dirinya.
Solidariti bersama Bella
Disebabkan TMJ ‘memetik’ nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) dalam titah rasminya, Menteri KPWM, Datuk Seri Rina Harun telah segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesudiannya bersama-sama untuk bekerjasama bagi memastikan pembelaan untuk adik Bella.
“Sebelum ni sorok mana?”
Perkongsian yang dimuat naik di media sosial menteri tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen kerana merasakan baru sekarang Rina tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kes penderaan kanak-kanak sindrom down itu.
Pelbagai persoalan dan kritikan dari netizen yang diperoleh di ruangan komen media sosialnya yang rata-rata terlihat sedikit negatif.
“Lepas kena panggil dengan TMJ baru nak gerak?”
Dah berhari2 diulas rakyat Malaysia kot”
TMJ dah keluar kenyataan baru nak gelabah”
Dah ziarah Bella dari tahun lepas
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa P119, Adib Shaharuddin di Instagramnya, beliau telah memuat naik video pertemuan Rina Harun dengan adik Bella ketika kanak-kanak itu dirawat di hospital pada tahun lalu.
Dalam video tersebut juga dapat dilihat yang Menteri KPWKM cuba untuk berinteraksi dengan Bella yang masih lagi dalam keadaan trauma.
Rina juga sempat berkongsi semula video tersebut di ruangan Insta Story beliau dengan mengucapkan terima kasih kerana memuat naik rakaman ketika pihak KPWKM hadir meziarahi Bella yang di hospital tahun lalu.
Posting berkenaan sedikit sebanyak mampu menjelaskan bahawa KPWKM sememangnya mengambil berat tentang kes penderaan adik Bella dan sama-sama menyokong solidariti @justiceforbella.
Berkemungkinan apa yang berlaku adalah salah faham dan gerak kerja pihak kementerian tidak ditunjukkan kepada umum sehingga sesetengah netizen merasakan tiada pembelaan terhadap adik Bella dilakukan sebelum ini.
Kita husnuzon banyak-banyak bulan Ramadan macam ini.
Sumber: OMMvia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment