Peniaga Akan Dikompaun Jika Naikkan Harga Secara Berlebihan!

Peniaga Akan Dikompaun Jika Naikkan Harga Secara Berlebihan!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertindak jika peniaga menaikkan harga barang secara berlebihan di bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.

Peniaga Akan Dikompaun Jika Naikkan Harga Secara Berlebihan!



KUALA LUMPUR: Susulan aduan dan keluhan orang ramai peningkatan harga ayam di pasaran, malah ramai yang terpaksa membeli lebih tinggi daripada harga siling RM8.90 sekilogram, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilihat mula bertindak terhadap peniaga.

ARTIKEL MENARIK:Rafizi Ajak Berdebat, Sekali Najib Petik Nama Anwar. Ini Reaksi Berani Anwar


Pada 9 Februari lalu kerajaan mengumumkan pemberian subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam. Dengan mengambil kira harga ayam hidup pada peringkat ladang RM5.90 sekilogram, harga siling runcit ayam bulat standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram untuk tempoh hingga 5 Jun ini. Kabinet turut bersetuju memberi subsidi lima sen bagi setiap biji telur untuk semua jenis kategori.

Bagaimanapun, sejak awal Ramadan orang ramai mengeluh harga ayam naik ketara. Lebih buruk lagi, selain harga mahal orang ramai juga mendakwa berdepan kekurangan bekalan bahan makanan utama rakyat itu.

Di JOHOR BAHRU, 40 kompaun dikeluarkan KPDNHEP Johor terhadap peniaga dan pemborong ayam di daerah ini, setakat pagi tadi.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata pihaknya sentiasa bertindak tegas dalam isu kawalan harga bahan mentah itu. Seramai 200 anggota ditempatkan di seluruh negeri ini dalam Ops Pantau bagi memantau harga barang di lokasi seperti pasar, bazar Ramadan dan barang asas kawalan.

“Saya nasihatkan peniaga dan pengusaha supaya patuhi peraturan sedia ada dan beretika. Letak tanda harga. Mana-mana peniaga jangan naikkan harga secara mendadak dan sewenang-wenangnya.

“Barangan asas mencukupi jika ada naik harga akan ambil tindakan. Hingga pagi tadi, 40 kes telah dikompaun di Johor Bahru kerana menjual ayam lebih daripada harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya hari ini.


Loading...


Pada Ahad, harga ayam segar di bandar raya ini dikesan meningkat kepada RM10 sekilogram (kg), lebih daripada harga siling ditetapkan kerajaan RM8.90kg.

Peniaga mendakwa menerima harga ayam segar RM8.60kg merangkumi kos pengangkutan RM1 setiap kg dan terpaksa membayar kos pengangkutan sejak kerajaan menguatkuasakan harga kawalan ayam 5 Februari lalu, sedangkan sebelum ini peniaga tidak dikenakan kos pengangkutan.

Di SHAH ALAM, KPDNHEP Selangor mengenakan kompaun RM1,000 terhadap tiga premis pemborong ayam menerusi pemeriksaan ke atas rantaian pengedaran.

Ia susulan maklumat yang diterima berhubung pergerakan harga runcit ayam di sesetengah pasar awam serta basah sekitar Selangor yang menjual harga runcit mencecah RM9.30 sekilogram.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata ketiga-tiga premis di sekitar Klang, Puchong dan Kajang itu didapati menjual ayam standard pada harga borong melebihi harga yang ditetapkan di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

Muhamad Zikril Azan berkata, pihaknya turut mengesan dua daripada tiga premis berkenaan gagal mengemukakan dokumen lesen borong menjual barang kawalan (ayam).

Jelasnya, secara keseluruhan KPDNHEP Selangor sudah menghasilkan lima kes membabitkan ayam. Tiga kes sudah dikenakan kompaun di bawah AKHAP 2011 dan dua kes lagi disiasat di bawah AKB 1961.

Harga maksimum peringkat borong ayam standard adalah RM7.60 sekilogram manakala harga maksimum peringkat runcit (ayam standard) adalah RM8.90 sekilogram.

Sumber: Berita Harian viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post