GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.
Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.
ARTIKEL MENARIK:Terkini, Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki D4d4h. Ini Hukvman Yang Bakal Dikenakan
Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.
Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.
Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.
Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.
“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).
“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.
“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.
Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu
“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.
“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.
Biodata Mawar
1. Nama penuhnya, Mawar binti Abdul Karim. Dikenali sebagai Mawar Karim.
2. Kelahiran Pulau Pinang.
3. Berusia 30 tahun.
4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
5. Anak kepada usahawan perniagaan tudung, Fareeda.
6. Merupakan model dan pengacara yang juga terlibat dalam bidang keusahawanan sebagai Pengurus Pemasaran Jenama Tudung Fareeda.
7. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada 10 November 2013 sebelum bercerai talak satu pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka sempat dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
8. Akaun laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @mawar_karim sehingga kini mengumpul lebih 762,000 pengikut.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment