Fizo mended4hkan punca mufl1s mungkin disebabkan lupa diri dan mengambil remeh tentang amalan zakat.

Fizo mended4hkan punca mufl1s mungkin disebabkan lupa diri dan mengambil remeh tentang amalan zakat.

‘Lupa zakat punca bankrap’ – Fizo Omar

Fizo mended4hkan punca mufl1s mungkin disebabkan lupa diri dan mengambil remeh tentang amalan zakat.



SELEBRITI dan usahawan muda, Fizo Omar mengakui antara punca dirinya diuji Allah dan berdepan masalah bankrap disebabkan ‘lupa diri’ dan tidak menjaga amalan zakat.

ARTIKEL MENARIK:Mawar Karim Berdepan Rislko Bankrap, Did4kwa Lari Bayar Hutang Berjumlah RM720,000


Begitupun, dia melihat masalah bankrap dihadapinya itu sebagai proses pembelajaran dan mula belajar mengenai impak zakat dalam perniagaan.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh fizoomar (@fizoomar)

Fizo berkata sewaktu ditemui pada majlis pelancaran buku terbarunya Bangkit Bila Bankrap di Pesta Buku Antarabangsa, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh fizoomar (@fizoomar)

Dia turut menjelaskan kisah serta kesan akibat memandang remeh ibadah zakat yang menjadi bab paling digemari dalam buku ditulis sendiri itu.Menceritakan proses panjang selama 13 bulan diambil menghasilkan Bangkit Bila Bankrap, Fizo berkata waktu itu isterinya Mawar Karim sedang sarat mengandung Wan Mariam.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mawar Karim (@mawar_karim)

“Biasalah bila isteri mengandung banyak ragam dan kehendak yang perlu didahulukan. Dalam waktu sama saya harus menjelajah 100 lokasi memberikan ceramah motivasi,” katanya.

Dalam kesibukan menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dan memberi ceramah, Fizo mencuri masa menulis di tengah malam dan juga dalam perjalanan.

“Sekarang selepas Mariam masuk usia empat bulan baru buku itu dapat dilancarkan. Jadi pelancaran Bangkit Bila Bankrap sangat istimewa buat diri saya secara peribadi,” katanya.Bangkit Bila Bankrap mempunyai 240 halaman merangkumi 12 bab mengenai perjalanan hidup Fizo membawanya melalui detik hitam selepas diumumkan muflis.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh fizoomar (@fizoomar)

Buku turut menampilkan kisah bagaimana Fizo bangkit kembali membina empayar perniagaan dibangunkan sendiri.

Walaupun baru dilancarkan Bangkit Bila Bankrap sudah pun terjual sebanyak 1,000 naskhah.

Sumber : rotikaya,

https://www.rotikaya.com/fizo-omar-dedah-lupa-zakat-punca-muflis/

ARTIKEL SELANJUTNYA

GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mawar Karim (@mawar_karim)

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mawar Karim (@mawar_karim)


Loading...


Mawar diminta bayar semula wang yang dipinjam Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah.

“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mawar Karim (@mawar_karim)

Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.



Sumber : mstar viaBulletin 50 Times





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post